Followers

SToRY BeSt IbU..

Tuesday, November 23, 2010

Bersediakah kita menjadi tetamu Allah?


Setiap daripada jemaah haji yan menunaikan rukun islam kelima ini pasti mengimpikan haji yang mabrur. Ini kerana setiap mereka yang mendapat haji yang mabrur sudah semestinya dijanjikan balasan 'syurga' oleh Allah s.w.t. Namun untuk mencapai tahap haji mabrur bukan sesuatu yang mudah. Hanya individu yang tinggi martabat keimanan dan ketakwaannya yang mampu mencapai tahap haji yang paling cemerlang ini. 
Seperti kata ustaz Mahamad Che Ngah, ibadah haji adalah satu perjalanan kerohanian yang penuh dengan cabaran yang akan menguji setiap hamba-Nya. Ketika ini, ramai yang mudah terkeliru dan tersasar daripada tujuan asal sebagai tetamu Allah. Hanya kerana sedikit ujian, ada yang hilang kesabaran. 
Ada yang merungut mengenai soal makan tidak sedap, tidur tidak selesa dan pelbagai rungutan yang tidak sepatutnya. Walaupun ia hanya perkara kecil tetapi ia mungkin akan menjejaskan kualiti ibadah haji. Lebih malang lagi dek kerana sikap tidak sabar atau bermulut celupar menyebabkan hasrat untuk mendapatkan haji yang mabrur mungkin tidak kesampaian.
Justeru itu, buatlah persediaan rapi baik dari segi fizikal mahupun kerohanian. Ini kerana wang dan harta boleh dicari sebagai bekalan tetapi untuk mendapatkan haji yang mabrur, ia memerlukan satu penghijrahan kerohanian yang kudus.

Dengan tersedianya 4 jenis kursus nie ler seperti kursus haji bersiri, kursus intensif, kursus khas, kursus perdana... menambahkan ilmu sebelum keberangkatan ke sana dan memperoleh haji yang mabrur...

nak tau lebih lanjut leh klik kat SINI .


1 comment:

Fara said...

anda adalah mangsa tag utk "kids & baby photo contest" ..heheh..sudi2kan lah yer..


Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails