Followers

SToRY BeSt IbU..

Tuesday, August 17, 2010

KHASIAT BUAH KURMA..


Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit serta bertangkai seperti buah pinang.

Kurma juga adalah juadah wajib yang disunatkan untuk golongan orang Islam menikmatinya ketika berbuka puasa.

Kandungan yang terdapat dalam kurma mempunyai banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan seperti  protein, serat, gula, vitamin A dan C sertazat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma didalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan bolehmembawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus,jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetis kerana iaboleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan traditional untuk mengatasi masalah insomnia.Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zatbesi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenispenyakit.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan merekaagar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikansebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.


* amek dari Mr. Google ... thanks Mr. Google... kiter kongsi bersama...

1 comment:

arisyanaziq said...

thanks nanti ibu terjah masuk kt blog armouris...


Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails