Followers

SToRY BeSt IbU..

Thursday, February 10, 2011

KeTeNanGan KeMbALi...


Alhamdulillah ... syukur ibu panjatkan ke hadrat mu ya Allah...
kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya...
Maka hati ibu kembali normal...
buang jauh... jauh... perasaan yang kurang enak itu kerana 
ia akan merosakkan lebeh banyak hati...
lebeh banyak hati yang terluka...
kenkadang dengan waktu skrg nie...
ada owang suker menokok tambah citer...
citer yg x perlu di tambah supaya menjadi perisa yang lebeh sedap...
untuk dijadikan cerita ini lebeh sensasi...
dan syaitan2 sentiasa bermaharajalela bg memporak perandakan mangsanyer...

namun... ibu minta maaf diatas keterlajuran percakapan ibu pada entry yang panas itu...
mungkin waktu tu ibu lebeh rasa diri terlalu hina disitu..
dan apa2 kenyataan yang mereka buat smuanyer membuatkan ibu lebeh sedih...
kerana banyak yang tidak memihak pada ibu...

dan sekarang ... alhamdulillah... hati ibu lebeh terasa lapang...
SEMAKIN LAPANG... 
Kerana apa???...
kerana ibu ada "Dia"....
siapakah "Dia"?...
Dia adalah tuhan pencipta Alam...
dia duga ibu dengan dugaan seperti ini...
sebab apa?... dia tahu kerana ibu adalah insan yang kuat dan tabah... opsss.. mcm nak tergolak jer ngan statement bru ibu nihhh.. cam baguihhhh sesangat..kiii... lantok ler... saper nak puji diri aku klu aku x puji diri aku sendiri... 
dan sentiasa akan mengingatiNya selalu...
Bukan waktu sukar mendatang sahaja...
semakin banyak kita diduga semakin kita merapatkan diri kita padaNya...
kerana "dia" maha pengampun lagi maha mengasihani...

diutuskan seorang sahabat @ kawan... sebagai egen pembunuh kesedihan...
hihihihi... skang leh wat penilaian ler ...
yat mana kawan menangis dan ketawa....
begitu indah percaturannya...

sedikit cerita untuk dikongsi...

Seorang anak laki-laki 
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa 
ibu menangis?" 

"Kerana aku seorang 
wanita", kata sang ibu kepadanya. 

"Aku tidak mengerti", 
kata anak itu. 

Ibunya hanya memeluknya 
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah 
mengerti" 


Kemudian anak laki-laki 
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa 
ibu suka menangis tanpa alasan?" 


"Semua wanita menangis 
tanpa alasan", hanya itu yang dapat 
dikatakan oleh ayahnya. 


Anak laki-laki kecil itu 
pun lalu tumbuh menjadi seorang 
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu 
mengapa wanita menangis. 

Akhirnya ia menghubungi 
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa 
wanita begitu mudah menangis?" 


Allah berfirman: 

"Ketika Aku menciptakan 
seorang wanita, ia diharuskan untuk 
menjadi seorang yang istimewa. Aku 
membuat bahunya cukup kuat untuk 
menopang dunia; namun, harus cukup 
lembut untuk memberikan kenyamanan

"Aku memberikannya 
kekuatan dari dalam untuk mampu 
melahirkan anak dan menerima penolakan 
yang seringkali datang dari anak-anaknya " 

"Aku memberinya 
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar 
ketika orang-orang lain menyerah, dan 
mengasuh keluarganya dengan penderitaan 
dan kelelahan tanpa mengeluh " 

"Aku memberinya kepekaan 
untuk mencintai anak-anaknya dalam 
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya 
bersikap sangat menyakiti hatinya " 

"Aku memberinya kekuatan 
untuk mendukung suaminya dalam 
kegagalannya dan melengkapi dengan 
tulang rusuk suaminya untuk melindungi 
hatinya " 

"Aku memberinya 
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa 
seorang suami yang baik takkan pernah 
menyakiti isterinya, tetapi kadang 
menguji kekuatannya dan ketetapan 
hatinya untuk berada disisi suaminya 
tanpa ragu" 

"Dan akhirnya, Aku 
memberinya air mata untuk dititiskan dan 
ini adalah khusus miliknya untuk 
digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kau tahu kecantikan 
seorang wanita bukanlah dari pakaian 
yang dikenakannya, susuk yang ia 
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir 
rambutnya." 

"Kecantikan seorang 
wanita harus dilihat dari matanya, 
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat 
dimana cinta itu ada." 




Wednesday, February 9, 2011

ENTRY BERSAMBUNG... TAYANGAN BOLA SUDA BERMULER...



sambungan entry sedeh ibu aritu... patutnya ibu nak publish smlm... tp x sempat..
maseh tergantung x bertali...
bese... smua owang kata macam tu...
sedangkan ibu sendiri call Bhg. yang sepatutnya...
bertanyakan perihal yang sama...
pusing sana pusing sini... 
mmg saja ibu buat ayat pusing2 tu...
sbb ibu nak tau kesudahannya episode ibu..
jangan ingat ibu nie BODOH???... Tau tak!!!!...
jangan cube nak perbodohkan ibu...
hakikatnyer... jangan semudah itu pergunakan ibu untuk kepentingan smua pihak...
dan akhirnya ibu sendiri yang terpaksa menanggung...
INGAT IBU NIE SAMPAH!!!!...
perghhhh!!! hina sungguh rasa hati ini
mak aihhhh nie yang ibu x suker nak wat sambungan entry nie...
mesti ibu x tahan sendiri dok kawal.. 
fail yang datang nie pun ibu malaih nak sentuh...
baik ibu tau awal daripada tau sekarang...
terlalu sakit hati...
biler dah jadi macam nie...
setelah ibu sapu bersih tinggalan lama...
sewenangnya owang yang bakal berada disini setelah segalanya updating...
rasa cam nak koyakkan semuanyer jer...astagfirullah..
pegawai yang mengarahkan aku menjalankan tugasan inipn...
main lepas tangan jer... 

daripada risikan pagi tadi ibu difahamkan...
ada mulut2 yg mgatakan tidak melalui mereka disini...
kenapa trus ke Bukit Aman...
sedeh biler ibu diberitakan perihal sedemikian...
padahal sebelum itu, ibu ada bertanya melalui mereka...
x perlu ler ibu bg tau nama mereka...
tp ibu totap jgk nak bg tau... cc disini... dan Bhg. tertentu juga...
dan jawapannyer mmg ibu rasa ia seolah2 menindas ibu dalam diam...
ibu tetap x puas ati kenapa kes ibu ni, mereka tamau kuar AP...
not BLACK & WHITE???... Status terawangankan!!!!
kenapa kes yang sama ngan ibu sblm nie mereka bleh kuar AP...
ada BLACK & WHITE kan?...
kenapa time ibu mereka nak sekat... SUNGGUH TIDAK ADIL bagi Ibu...

Itu buatkan ibu rasa sedeh teramat sesangat...
so... ibu call saluran tertentu... untuk lebeh kepastian...
dan jawapannya TERAMAT MENDUKA CITAKAN...
ibarat bola... ditendang biler perlu... disepak sana.. disepak sini...
terasa diri ini TERLALU HINA... HINA SEKALI...
leh kerana ibu x mampu nak kawal perasaan ibu suarakan pendapat pada rakan sepasukan ibu bertanya hasrat hati ibu yang sememangnyer tengah DOWN!!!...
dan ibu faham insan ini memahami perasaan gelodak hati ini...
insan ini trus call saluran yang membuatkan hidup ibu kucar kacir...
daripada ibu terus2an mharapkan pada yang hanya menerima keputusan Bukit Aman...
yang tatau situasi disini yang sebenarnya...
adalah lebeh baik ibu memohon jasa baik Mummy ku sayang... hihihi... Bukan bodek ok...
dia yang lebeh lama disini... yang lebeh mengetahui tau asam garam mereka...
Thanks... Mummy ... jasamu ku kenang...
dan kata nasihat dari Adikku sayang... len mak len apak...
walaupun waktu tu dia sedang berada dihospital... 
tapi sanggup prabihkan duit contact ibu...
x ckup dengan itu ayat di facebook pun sudah ckup mmbuatkan hati ibu lebeh tenang...
ada insan yang sudi menadahkan telinga menghulurkan bantuan...
ibu nak simpan kata2 "adikku" ini dan disemadikan di umah kecil ibu...
sebagai ayat perangsang... 

Cik Puan Sally sudikan ibu menyimpan disini...

{Situasi Pertama}
Layak kah digelar diri seowang sahabat.. Andai dia bersedih kamu sabarkan dirinya sedangkan kamu tidak benar2 fahami seksa dlm hati yg ditanggungnya.. Dan kamu hanya terus berkata "SABAR!!!!!!!!!".. Adakah kamu benar2 tau kerisauan nya waktu ini?!!!! Kamu terus berkata "SABAR!!!!!!!" sedangkan kamu tahu dia diperkotak katik & dipermainkan sepeti permainan bola yg tempatnya dikaki & disepak sana sini.. Apabila telah pecah kamu campakkan ia kerana tidak berguna lagi.. Malah terus juga kamu katakan "SABAR!!!!!!!!!!!!" sedangkan kamu sedar dia sedang DIANIAYA... SABAR!!! SABAR!! SABAR!!! Senang kamu kata begitu sebab bukan terjadi pada diri kamu.. Kan?!!!

{Situasi Kedua}
Wahai sahabat.. Kenapa mesti terus kamu menangis?! Bila kamu dianiayai ingatlah... Bahawasanya Allah swt itu mengetahui sesuatu yg kamu tidak tahu.. Dia menguji kamu setakat kemampuan kamu kerana Allah swt tahu kemampuan setiap hambanya.. Kamu menangis saat ini akan buat kamu kuat ke esokan harinya.. Dan terus kuat di hari2 mendatang.. Sabar!!! Ingin aku katakan begitu pada mu.. Kerana aku yakin bahawa setiap owang yg dianiaya sedang dinilai oleh Allah swt..

{Situasi Ketiga}
Kepada yg sedang menganiayai kami.. BERSIAP SEDIALAH TERIMA BALASANNYA NANTI!!!! Kalian tak akan terlepas.. Setiap titik air mata insan yg kamu aniaya itu mengalir.. Harus kamu bayar juga nanti.. Bukan disini tapi disana.. Dan kami yg sedang teraniaya.. Akan menyaksikan apabila saat itu tiba nanti.. TERUSKAN SAJA USAHA KALIAN ITU..
Simpan saja air mata itu.. Kerana ia untuk sesuatu perkara yg lebih mahal satu hari nanti.. Iaitu PERPISAHAN KITA!! Smile sis!!!!!!




Sunday, February 6, 2011

MOOD SEDEH LAGI...


entry bernada sedeh... terkilan sungguh rasa hati ini
biler dok fikirkan nasib diri...
teramat sedih...
mendahului owang luar dan menganak tirikan 
owang yang maseh dianggap setia disini...
sayu rasa hati biler diberitakan masalah ini...
teramat pilu... KEJAM btoi manusia itu...
memperkotak katik kan hidup aku yang sudah berasa mulai sejuk..
kenapa perlu mengeksport owang luar sedangkan owang sendiri maseh terkapai2..
BENCI SUNGGUH AKU HARINI!!!!!!.. 
opss... maaf akan kata2 aku yang begitu keras untuk entry ini..

masukkan owang luar!!!...
anak tirikan owang sendiri!!!!...
apa perasaan KAMU yang buat arahan?..
sekiranya ada owang meletakkan diri kamu ditempat seperti AKU sekarang nie??..
APA PERASAAN KAMU.???...
korang dengar tak nie???...
aku memang tengah bengang sangat nie????...
Apakah naseb aku nanti setelah hasrat korang tercapai?...
semata2 tamau lepaskan jawatan aku yg lama tu...
lambat laun jawatan tu akan dilepaskan jugak...
why??? tell me now??...
sekiranya pihak JPA telah mghantar senarai nama meletakkan ke tempat hakiki.. iaitu tempat aku sekarang nie... mcmmana dengan status aku..
kat mana aku nak dicampakkan?..
korang rasa x apa yang aku rasakan nie?..
korang apa nak rasa!!!... 
kecuali Allah dok terbalikkan bnda yang sama aku rasa sekarang nie kat korang...
baru korang tau?
BENCI BTOI AKU???...
tetapi doa owang yang teraniaya nie sentiasa dimakbulkan olehNya...
sabarlah hati... jangan kau mudah melontarkan amarahmu...
sehingga hilang smua perasaan sayang...
YA ALLAH... kau lindungilah hambamu ini dari perasaan buruk sangka...
kerana aku takut aku x mampu melawan ngan hawa perasaan..
cuma... aku mohon satu ari nanti orang yang terbabit akan menerima seperti mana yang aku rasa sekarang nie... baru mereka tahu betapa sakitnya hati... 
terasa diri ini hina dan terlalu kerdil di muka bumi Allah S.W.T... amin...

aku bukan berdendam... cuma aku sekadar ingin mereka merasai betapa sakitnya hati...





Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails