Followers

SToRY BeSt IbU..

Thursday, September 30, 2010

makan lagi... menu berbuker...


ibu masak ler arini...
untuk menu berbuker..
daging sizzling..
menyelerakan x???...
Mr. Rahim cukup suka klu ibu masak menu nie...
kadang klu dah lama ibu x buat...
mesti Mr. Rahim suh buatkan...
masalahnyer ibu nie mmg ler terlampau ler malaih...
sebab nak buat masakan nie...
memerlukan banyok pengorbanan...
hihihi... mana x nyer daging tu nak kena perap sekejap..
lepas tu goreng plak... ambik masa yang agak lama...
baru leh makan...
klu x masak btoi2...
masakan nie x jadi camgini...
naik minyak...


ok ... ibu besarkn ckit...
ada sesapa nak try buat??...
lorrr... malaihnyer nak taip resepinyer...
nanti ler biler snang ibu taipkan nyeh...
hahahha... mcm ler ada owang nak..
cam sedap sgt ler ituewww...
perasan baguihhh jer ibu nie...
LANTOK LER... 




Set muker ibu...


Kali nie ibu nak citer serba sedikit... selain berkongsi serba sedikit dari mr. google... 
setelah skian lamanyer ibu meninggalkan set perawatan muker... dan akhirnya muka ibu semakin dimamah mentari... x leh jadi camgini... cepat2 ibu rawat... tkut semakin parah... so... set Tia Amelia menjadi pilihan ibu memandangkan sebelum ini telah menggunakan dan didapati beiu berkesan... cuma ibu yang pernah nak mendisiplinkan diri... bahananyer... kulit ibu kembali kusam... dan sekarang ibu dah menggunakannya hampir 2 mggu..... dan didapati mmg berkesan... tanpa pengelupasan...


Tia Amelia - Krim Kunyit

Tia Amelia - Krim Kunyit
 
Panduan Cara Penggunaan Krim Malam (KRIM KUNYIT  DAN KRIM PEMUTIH):
1. Bersihkan muka dengan sabun, urut perlahan-lahan dan bilas bersih.
2. Setelah muka dilap kering, sapukan krim pemutih secara nipis pada keseluruhan muka dan disusuli dengan krim kunyit (juga dengan secara nipis dan rata ke seluruh muka.)
 
Panduan Cara Penggunaan Sun Block/ Foundation
 
1. Bersihkan muka dengan sabun, urut perlahan-lahan dan bila bersih.
2. Setelah muka dilap kering, sapukan Sunblock/Foundation Secara nipis pada keseluruhan muka untuk perlindungan dari sinar UV, dan sebagai alas bedak.
Perhatian Penting : KRIM MALAM (Krim Pemutih dan Krim Kunyit) adalah untuk kegunaan malam sahaja, ia bertindak semasa waktu tidur. Sunblock/Foundation adalah kegunaan siang hari, ia melindungi kulit dari sinar UV. Sabun Pembersih muka boleh digunakan pada bila-billa masa.
 
Perhatian Penting 
~ Untuk Krim Malam (Krim Pemutih dan Krim Kunyit) adalah untuk kegunaan malam sahaja,ia bertindak semasa waktu anda tidur.
~ Sunblock/Foundation adalah kegunaan siang hari, ia melindungi kulit dari sinar UV.
~ Sabun Pembersih muka boleh digunakan pada bila-billa masa.
 





Tentang hiasan dalaman dan susun atur perabut...



Apakah yang anda nampak apabila kita bercakap tentang hiasan dalaman? Sofa yang cantik dan selesa? Kabinet dapur? Langsir beropol tiga lapisan? Siling plaster? Lantai kayu berlamina? Warna dinding ruang tamu?
Semuanya sekali!
Apabila anda berpindah ke rumah baru, ia hanya memberikan anda ruang-ruang berdinding, bersiling dan berlantai untuk anda isikan dengan benda-benda yang menjadi keperluan kehidupan anda, dan keluarga anda tentunya.
Tatarias dalam rumah mencerminkan citarasa, keperibadian dan kemampuan pemilik.
Tatarias dalam rumah mencerminkan citarasa, keperibadian dan kemampuan pemilik.
Oleh itu apabila anda berpeluang melengkapkan dan menyempurnakan rumah anda, fikirkan semuanya sekaligus terlebih dulu.
Fikir tentang konsep atau tema asas, tentang pengisian ruang-ruang, tentang warna-warna yang sesuai dan sebagainya.
Tidak apa kalau anda tidak mampu mengadakan segalanya dalam satu masa, yang penting anda boleh mengelak dari menjadikan rumah anda itu bahan uji bakat mendekorasi. Akhirnya buat itu tak kena, buat ini tak jadi.
Miliki idea yang jelas tentang pembinaan dan hiasan dalaman rumah anda.
Pembinaan dalaman bermaksud apa-apa saja struktur atau kemudahan yang anda bina di dalam rumah anda selain dari dinding, lantai dan siling yang sedia ada. Ia boleh jadi kabinet, almari pakaian, sekatan dan sebagainya.
Hiasan dalaman pula adalah perkara-perkara yang memberi warna, tekstur dan estetika kepada ruang-ruang dalam rumah anda.
Ia boleh jadi cat atau kertas dinding, lukisan atau foto yang dipamerkan, langsir, sofa dan lain-lain benda mudah-alih.
Kombinasi yang kreatif serta bijak antara pembinaan dalaman dan hiasan dalaman akan menyempurnakan segalanya. Penyesuaian dan susunatur amat penting.
Kalau pakaian perlu sedondon. Bunga perlu digubah. Rumah anda pun sama.
Jika anda melihat sesuatu dan berkenan di mata, lihatlah ia dengan latarbelakang rumah anda. Ia mungkin cantik di bilik pameran itu, tetapi belum tentu ia sesuatu yang anda perlukan.
Elakkan membeli, memilih atau membina secara rambang jika mahu menjadikan dalaman rumah anda benar-benar menarik dan mendalam.



maseh lagi mencari... 






Bulan nie ibu nak cat umah...


Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skim warna yang anda ingini. Bandingkannya dengan sampel langsir atau karpet. Lebih baik lagi jika anda uji terus ke dinding anda. Bagi tujuan itu belilah setin yang paling kecil.
Cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding, jadi jika anda ragu ‘tone’ yang mana harus dibeli, pilih yang lebih pucat. Lagi satu, warna cat berbeza mengikut ‘batch’ jadi apabila membeli pastikan semua tin mempunyai nombor ‘batch’ yang sama.
Terdapat dua jenis cat yang utama. Kedua-duanya bersifat cair. Selalunya dikenali sebagai cat berasaskan minyak (gloss) untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air (emulsion) untuk dinding dan siling.
Ada pelbagai jenama cat yang boleh anda pilih. Yang penting anda tahu spesikasi cat yang anda perlukan.
Ada pelbagai jenama cat yang boleh anda pilih. Yang penting anda tahu spesikasi cat yang anda perlukan.
Cat minyak mesti dimulakan dengan cat asas atau ‘undercoat’ terlebih dulu.
Cat emulsion tidak perlu ‘undercoat’ tetapi ia perlu disapu dua atau lebih kali di atas sesuatu permukaan bagi memadamkan warna permukaan asal. Lapisan pertama cat emulsion bertindak sebagai ‘undercoat’.
Jenis yang kedua - dirumus khas untuk yang baru belajar - adalah cat tidak menitis yang juga digelar takut-leleh, jeli atau cat satu lapisan.
Cat ini kelihatan seperti jeli dan menjadi cair apabila disapu di atas permukaan. Kemudian ia bertukar menjadi jeli semula dan oleh itu tidak menitis atau meleleh.
Cat ini baik kerana ia lebih pekat dari cat biasa serta sedia mengandungi ‘undercoat’ di dalamnya. Oleh sebab itu walaupun harganya lebih mahal tetapi dalam jangkamasa panjang ia berbaloi.
Cat emulsion tidak menitis juga terdapat dalam bentuk pejal. Bagi cat pejal, pengelek yang digunakan akan menyerap cat secukupnya untuk diaplikasi. Kerana tidak menitis, ia sangat sesuai untuk mengecat siling.
Jangan sesekali mengacau cat tidak menitis sebelum digunakan walaupun ia nampak berketul di dalam tin. Jika ia cair kerana telah digoncang atau dikacau secara tidak sengaja, biarkan ia kembali ke bentuk asalnya sebelum digunakan.
Lapisan cat paling atas (final coat/topcoat) - boleh diakhiri dengan cat gloss, semi-gloss atau matt. Nama lain bagi semi-gloss adalah seperti mutiara, sutera, satin dan sebagainya bergantung kepada suka hati pengeluar cat.
Semakin ‘glossy’ cat yang digunakan semakin kuat dan tahan permukaan yang dikenakan. Cat juga lebih kuat dan tahan-cuaca apabila mengandungi resin sintetik seperti polyurathane.
Ada cat mengandungi aditif yang menjadikan ia lebih tahan api. Cat seperti ini membantu menahan api dari merebak dan kualiti itu menjadikan ia sesuai untuk digunakan ke atas permukaan atau bahan mudah terbakar seperti kayu dan sebagainya.

sumber dikutip dari mr. google...

tengah duk godek mr. google... mencari cat yang paling sesuai untuk ibu adaptasikan menjadi rumah ibu syurga idaman... 



hUJAN + kEsEJuKan...


Hujan lebat!!!
Ermmm... sejuknyer...
tak sabo nak balik umah...
Nak memulakan aktiviti memasak...
maseh lagi berbelah bagi nak masak per?... 
untuk juadah berbuker pose...
nak wat rendang daging ker...
masak lemak ikan tongkol?...
x pun kari daging jer...
apa yang pasti balik kang trus nak kena beli kelapa parut...
baru leh jadi masakan ibu...

tapi ... hujan maseh lebat lagi...
mesti jln pun jammed...
uhhhh!!!! BENCINYER!!!!...

Tak Suker!!!!... Tak Suker!!!...
klu hujan maseh berterusan smpai ke waktu nak balik nanti..
Ibu rasa , baik ikut jln yang kurang kesesakan...
Mr. rahim dah ajar aritu...
so... REDAH!!!!...





biler ibu mengandung mengidam...


Teringat ibu time zaman2 ngandung beramai-ramai 
berapa tahun yang sudah...
seronoknyer...
masing2 x moh lepaskan peluang...
nak jugak... nak jugak... hahahha...
biler dah beranak dua nie...
perasan nak menambah lagi tu...
semakin berkurang... mungkin perlukan masa...
dari segi fizikal dan mental...
opsss... bukan dari segi mental dan fizikal jer nak kena ambik tau...
"KEWANGAN" pun perlu diambik kire juga...
banyok kes2 yang terjadi dah...
saper yg x teringin memiliki anak yang ramai...
hidup dikelilingi dgn keriuhan... 
x kering gusi dibuatnyer...

Teringat kembali time ibu ngidam dolu...
yang selalu menjadi mangsa belinyer...
Ayah nyer ina ler...
kadang takut2 jugak nak mintak kirim belikan...
cover2 jugak ler keinginan tu...
padahal dalam ati... klu boleh nak selalu...
cari jgk ler dkat umah ibu yang ada rasa sedap mcm kat tempat ina tu...
tapi... jenuh jugak cari...
x samer... ruper jer sama... tapi x seruper citarasanyer...
smpai terbayang kesedapannyer ituewwww...
dimasa akan dtg... klu termengandung jangan ler duk wat prangai camgitu...
susah owang nak melayan rentak kita...
kadang... bukan dibuat2... dier dtg sendiri...
yang x tahannyer... smpai terbayang2 tu!!!...

skang plak...
hati ibu plak x kesampaian nak menghampakan perasaan owang ituewww...
ibu faham dan teramat ler memahaminyer...
kerana suatu ketika dahulu...
ibupun seperti mereka...
Insyaallah... ibu akan laksanakan permintaan tersebut...
tapi.... ingat... 
ibu buat smua ni atas dasar naluri hati seorang ibu...
bukan minta pembalasan diatas setiap pemberian ibu ituewww...
jgn salah tanggapan...















tu ler... biler kah masa yang sebaiknyer tu...
skang... ibu tengah mengantikan pose...
klu lambat2 ganti... takut x terganti plak...
nanti ber double2 plak... jenuh tu...
dah hukumnyer WAJIB...
maka WAJIB ler menggantikanyer...
nanti susah plak owang yang kiter "tinggalkan"...
... terpaksa menggantikan pose kita...
tu pun klu mereka sanggup nak mngalas bahu kewajipan kita sendiri...
btoi tak...

bagi kaum hawa yang ngah mengidam tu...
diharap BERSABAR ok...
janji tetap di KOTA  juga...
antara CEPAT dan LAMBAT jer...
~ SABO MENANTI ~


Planning sok preparation birthday party kak long...


ermmmm.... alamak !!! 
Bulan syawal hampir melabuhkan tirai...
Bulan Zulkaedah hampir menyapa tiba...
berkesempatankah ibu untuk melangsaikan segala hutang tertunggak..
Errrrmmmm... cam x sempat jer...
lorrrr.... nak wat camnerkan...
sadis... sadis...
Sok dah nak kena rest sehari... bkn sehari...
4 hari ler...
sok... nak beli kelengkapan birthday kak long lagi...


hihihi... saper kah yang menjadi mangsa keadaan ibu sok?...
Untuk menjadi balaci!!!!.... 
Opsss!!! jgn ckp camgitu... x bek tau...  (hahha... ibu melawak jer k...)
Ibu just minta tolong temankan jer...
kt pjbt nie... ngan saper lagi ibu nak mintak tolongpn...
klu x... si banyok mulut ituewwww...
klu dah start berckp ssh nak cari kunci stop...
tapi... biler dier x berckp jenuh nak cari kunci berckp...
tapi... yg pastinyer ler...
 jarang ler tgok dier x berckp... hihihih... (jangan mare!!!)...
Tapi ... walaumacammanapun ibu cukup "senang" ngajaknyer kemana2.. 
sbb dlm bab bershoping nie mmg kitowang "sehati berdansa"!!!
apa yang berdansa tu... yong oiiii???...
kay kiter stop citer pasal ni kay...


kiter bukak citer len plak...

ngah... fenin... fenin... 
memikirkan preparation birthday party kak long nanti...
Tiap2 ari my hero ngan heroin ibu duk prabihkan stok shoping ibu...
ssh ler cam gini... lepas satu... satu... diorang duk pulun...
x larat ibu nak melarang dah!!!...
klu x dibg... depa duk wat tunjuk perasaan... 
ermmmm.... fenin... fenin...
blum time paking lagi tu?...
mauhhhh x ckup dibuatnyer....
lari ler budget ibu kali nie...
kena wat senarai barang klu camni gayanyer...








Wednesday, September 29, 2010

bersiaran dipejabat...


ibu bersiaran langsung di pejabat...
menggunakan khidmat langsung dari Mr. Lappy kepunyaan ibuAqil..
Ibu pinjam kejap nyer IbuAqil... lepas abis satu en3 nie.. ibu kasi blik nyeh...
mekaseh... next time leh pjam lagi... huhuhu...
selalunyer biler berada kt pjbt idea mencurah2 dtg...
tp line tenet yang mmg dah semakin menghilang dikaca pc ibu...
menyukarkan tuk ibu melontarkan segala isi2 yang terbuku... 
tercalar... terguris... dan banyok lagi ter... nyer...
sekarang ibu terlalu sibuk ngan preparation majlis sambutan birthday 
puteri kesayangan ibu yang ke-4 tahun ... 
ermmm... berbeza ngan tahun2 yg lepas...
dimana kami menyambut di rumah(pilihan ibu) dan 
di KFC (pilihan kak long)...
dan tahun nie pilihan kak long juga ibu utamakan...
di KFC jugak... dan pilihan bersama di Taska..
Along kata nak bg bag uncang kat kengkawan taska...
so... maseh terdapat kekurangan lagi... 
ari jumaat nie maseh mahu mencari kekurangannyer...
beseler ibu nie... selagi blum bermula dn mahukan kesempurnaan...
walaupun sebenarnya mmg x sempurna mana...
sekadar ckup yang perlu saja...  tapi biar dimata ibu begitu sempurna..
ibu x perlukan kesempurnaan dimata owang len...
sebagai agenda melontarkan pendapat...
dan insyaallah ibu akan buat contest... 
kita tggu nyeh.... 
lepas sambutan birthday anak ibu nie ler nyeh...
ermmm... x sabo rasanyer nak buat...

tgh nak fikir2 tajuk contest nie...




Sunday, September 26, 2010

citer dihujung minggu...



skunk ibu update en3 seminggu sekali kan...
truk tol ler ibu nie....
ikutkan terlalu banyok ibu nak citerkan...
tapi biler dah berhadapan ngan my hero & heroin ibu nie...
keadaan menjadi semakin sukar...
tatau ler... tiap kali jer ada mood nak update... 
hero & heroin ibu nie...
ada2 jer prangai depa2 nie...
kay ler ibu nak tayag gambo kebun my mum di kampung...
memang segar dari ladang daaaaaa....


wahhhh!!!! montop2....
memang dah mcm tuannyer...


damainyer suasana dikampung...


skunk... di kampung smua tgh duk giler2kn...
pokok bunga kebangsaan kiter nie ler...
mcm warna... warni malaysia...
geram jer tgok...
tu byok lagi x berbunga...
abis keliling umah ... 
penuh ngan pokok bunga raya nie...
sanggup beli plak tu...
tapi... itu ler kepuasannyer...




Tuesday, September 21, 2010

citer ragam puteri ibu dipagi raya...


citer raya lagi...daaaa...
kali ini ibu nak citer pasal dak kak long nie ler...
ngan gelagat mereka membuatkan ibu sering kesuntukkan masa...
tahun nie pun x banyok gambo yang ibu snap..
x der pun gambo berbaju raya di pagi raya...
tahun depan ler ibu snap...









mcm2 aksi dak along nie...
Abang Long nie plak pantang plak biler disuruh beraksi...
Abang Long nie anak abang ibu ler...



Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails