Followers

SToRY BeSt IbU..

Friday, October 29, 2010

PERINGATAN...



peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Ha
wa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.


Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??



Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..


lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..


perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..


Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!


kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..


satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.

<span>Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.


Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.





Kehamilan Luar Rahim....


Tajuk citer ibu arini – Kehamilan Luar Rahim!!!!!... haaa.... apa dah jadi ngan ibu nie...
Persoalan yang begitu mengusutkan fikiran ibu saban bulan... yat nie ler...
Pada awal tahun 2004 peristiwa ini pernah terjadi pada diri ibu... sehinggakan tiap bulan ibu menjadi fobia... takut peristiwa 2004 tu menjengah kembali dalam kamus hidup ibu... Arggghhhh... ngeri tol ler... sblm nie ibu ada citer peristiwa ibu kelewatan mendapatkan zuriat... iaitu zuriat yang lahir dari kantong ibu sendiri... ini berikutan kes ibu pernah mengalami “kehamilan Luar Rahim”... Opppsss... Bukan Laki teman ok... nama jer sama ... hihihi... ngehhh... ngehhh... ok... namau ngarut lelama... IBU nak ngulas lanjut ttg kes ibu nie... kes ini akan sentiasa bersarang disetiap lubok pemikiran ibu selagi ibu tiada tanda2 nak “peot” .... masuk arini dh 2 bln ... ibu riso kes ibu tu berulang... Arggggghhhh!!!! Pegi!!!! Ibu NAMAU!!!!... BENCI!!!!.... bukan benci tapi rindu... tapi benci se benci ... bencinyer... melihatkan kesan operate di piyut ibu nie pun membuatkan ingatan ibu kembali kpd zamannyer... hati merintih... takut... risau... smua dok dtg tanpa mengenal jemu... tp itu ler realitinyer... biler akhirnya nyawa ibu lebih diutamakan... maka segalanya adalah PASTI!!!... dimana waktu tu ibu mengalami ketumbuhan ... 2 in 1... Tp waktu operation tu smuanyer beres... dicantas smpai keakar umbi... itu ckp doc ler... ingat!!! doc bkn tuhan untuk meramal sesuatu perkara... mereka seperti kita jugak.. btoi tak!!!... tapi... yg merisokan ibu... kebarangkalian berulang tu... namauuuuuuuuuuuuuuuuuu.... dan arini sekali lagi ibu buat test preggy... mmg dah sahih... tetap 1 palang!!!.. kes mcm nie yg mbuatkan ibu teringat peristiwa 2004 tu.... so... seb bek ada IbuAqil yang sama2 turut memahami perasaan ibu dikala begini... so... sebelum tu thanks ibuAqil coz bersama2 tatkala senang mahupun susah... muaahahhh... so hasil pautan drpd Mr.Google ... dan ini yang terhasil...
Kehamilan bermula dengan telur yang disenyawakan. Telur ini dipanggil zigot. Lazimnya, zigot akan melekatkan dirinya sendiri ke lapisan uterus/rahim. Bagaimanapun, dalam kes kandungan luar rahim atau di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai kehamilan ektopik, zigot menyematkan dirinya di tempat lain (tertanam di luar rahim). Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Putra, Batu Pahat, Johor, Dr. Chew Lay Boon, kandungan luar rahim merupakan satu komplikasi kehamilan di mana implantasi/penyematan sesuatu kandungan itu berlaku di luar ruang rahim.
‘‘Ia adalah sesuatu yang serius kerana boleh membawa maut, mengancam nyawa si ibu mahupun bayi yang dikandung, jika tidak dikesan dan diberikan rawatan awal.
‘‘Tiub fallopio – tiub yang membawa telur daripada ovari ke rahim merupakan tempat yang paling kerap berlakunya kandungan di luar rahim iaitu sekitar 98 peratus,’’ ujar beliau. Kandungan luar rahim juga boleh berlaku di ovari, ligamen luas, kadangkala di ruang abdomen dan serviks/pangkal rahim yang boleh mengakibatkan berlakunya pendarahan vagina/faraj. Seterusnya, pendarahan dalaman boleh terjadi jika tiub pecah menyebabkan sakit abdomen yang amat sangat. Menurut Dr. Chew, insiden kandungan luar rahim telah meningkat di merata dunia sejak tiga dekad lalu. Kira-kira 1 peratus daripada semua kehamilan adalah kandungan luar rahim. ‘‘Ia menyebabkan 10 peratus kematian ibu mengandung dan merupakan penyebab utama kematian ibu mengandung di peringkat tiga bulan pertama (trimester pertama). ‘‘Secara umumnya, risiko kematian adalah dua daripada 1,000 kes kandungan luar rahim,’’ katanya.

*Tiub fallopio
Tiub fallopio kelihatan seperti paip berongga yang ditumbuhi oleh bulu-bulu kecil iaitu silia, pada dindingnya. Silia ini bergerak seperti deruan ombak untuk menolak telur-telur ke dalam rahim. Tiub fallopio bolehlah dianggap seperti jalan raya utama untuk telur bergerak ke rahim. Jika tiub tersebut tersumbat atau silia mengalami kerosakan, maka ini akan menggalakkan telur-telur tersebut terlekat dan tertanam pada dinding tiub.

‘‘Tiub fallopio tidak mempunyai ruang yang cukup untuk janin yang membesar. Kandungan luar rahim di kawasan ini tidak dapat menyokong janin untuk bertahan lama.
‘‘Dan akhirnya tiub fallopio itu akan pecah kerana uri janin itu akan menembusi dinding tiub.Ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk dan membahayakan nyawa ibu.
“Kadangkala, kandungan di penghujung tiub fallopio (bahagian ampula) boleh berakhir dengan keguguran (keguguran tubal),’’ jelas Dr. Chew. sambil menambah, kandungan yang berlaku di ovari dan serviks juga berakhir dengan pendarahan dan kematian janin.
Untuk kandungan luar rahim yang berlaku di ruang abdomen pula, kadang-kadang ia boleh membesar sehingga hampir cukup bulan. Akan tetapi, ia sangat jarang berlaku.
Punca, faktor risiko Beberapa kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kes kehamilan ektopik ini dikaitkan dengan parut yang terjadi hasil daripada jangkitan pada tiub.‘‘Telur yang disenyawakan mengambil masa kira-kira lima hari untuk bergerak di sepanjang tiub fallopio ke dalam ruang rahim di mana implantasi berlaku. ‘‘Sebarang faktor yang mengganggu atau melambatkan pergerakan telur tersebut di sepanjang tiub fallopio boleh menyebabkan kandungan luar rahim,’’ kata Dr. Chew.
Antara faktor-faktor risikonya termasuklah; Penyakit inflamatori/keradangan pelvik/pinggul (PID) – Sejarah susah hamil – pernah melalui pembedahan di bahagian pelvis/ pinggul terutama sekali pembedahan ke atas tiup fallopio – Pernah berlaku kandungan luar rahim di tiub fallopio. Risiko berlaku semula kandungan luar rahim adalah 10 peratus – Penghamilan/konsepsi/penyuburan bantuan terutama sekali dengan in-vitro fertilization (IVF).

Lain-lain termasuklah; Mengandung dengan alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUD). Alat dalam rahim sebenarnya mengurangkan risiko untuk kehamilan. Lima peratus kehamilan yang berlaku pada wanita yang menggunakan IUD berlaku di luar rahim – Kecacatan semula jadi pada tiub fallopio. Bagaimanapun, ramai wanita yang mengalami kandungan luar rahim tidak ada faktor risiko seperti di atas.

*Tanda-tanda klinikal
Pada mulanya, kehamilan ektopik mungkin kelihatan seperti kehamilan normal sahaja. Tanda dan gejala awalnya juga sama seperti kehamilan lain – tidak datang bulan, payudara terasa sakit apabila disentuh, lemah, loya dan muntah.
(tapi ibu x rasa pun...)

Biasanya, sakit perut dan pinggul menjadi petanda awal kehamilan luar rahim. Kandungan luar rahim, akui Dr. Chew, ada kalanya sukar dikesan disebabkan oleh tanda-tanda awalnya yang tidak ketara. ‘‘Biasanya presentasi klinikal berlaku antara lima hingga lapan minggu selepas haid yang terakhir. Tiga tanda yang biasa berlaku adalah sakit perut, lambat datang haid dan pendarahan melalui faraj. (Perghhh... buatkan hati ibu kembali berdebar2)

‘‘Hampir 80 hingga 100 peratus pesakit kandungan luar rahim mengeluh kesakitan di perut, biasanya bahagian bawah. Dalam kes pendarahan teruk, seseorang itu boleh turut berasa sakit di bahu disebabkan oleh iritasi/kerengsaan darah ke atas saraf,’’ ujar beliau.

Tambahnya, ramai pesakit lambat datang haid antara dua hingga empat minggu. Akan tetapi, kira-kira 25 peratus kes tidak ada sejarah lambat datang bulan.Pendarahan melalui faraj biasanya hanyalah sedikit. Tanda-tanda kehamilan seperti rasa mual, muntah dan sakit payudara berlaku pada sebilangan kecil pesakit.

Dalam kes pendarahan yang teruk ke dalam ruang abdomen pula, seseorang pesakit itu akan menunjukkan tanda-tanda seperti pitam, rasa pening dan sejuk, pucat serta tekanan darah rendah.
Pemeriksaan fizikal bergantung kepada sama ada kandungan luar rahim itu telah pecah atau sebaliknya. Sakit di bahagian perut ketika diperiksa merupakan tanda yang paling kerap berlaku.
Pemeriksaan pelvis pula menunjukkan rasa sakit ketika pelvik digerakkan. Saiz rahim biasanya normal atau sedikit membesar.

*Komplikasi, diagnosis
Komplikasi yang selalunya berlaku ialah pecah yang menyebabkan pendarahan dalaman. Keadaan ini boleh membawa kepada renjatan dan mungkin juga membawa maut.
Komplikasi lain ialah kemandulan yang berlaku kepada lebih 50 peratus wanita yang mempunyai sejarah mendapat kehamilan ektopik yang dirawat melalui pembedahan.
Sementara itu, ketepatan untuk diagnosis kandungan luar rahim berdasarkan presentasi klinikal hanyalah sekitar 50 peratus.

‘‘Jadi, intervensi yang berpatutan harus dilakukan berdasarkan indeks suspek yang tinggi. Ini bermakna, kemungkinan kandungan luar rahim mesti dikenal pasti apabila seseorang wanita yang masih subur mengeluh sakit perut dan lambat datang haid.

‘‘Ujian-ujian seperti ujian kencing untuk kehamilan (UPT), ujian darah untuk beta-human chorionic gonadotrophin (b-hCG) iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh uri dan, pemeriksaan ultrasound telah banyak membantu untuk membuat diagnosis yang tepat,’’ terang Dr. Chew.
Ujian kencing dapat mengesan sama ada seseorang itu mengandung atau sebaliknya manakala pemeriksaan ultrasound terutamanya transvaginal (melalui faraj) dapat menunjukkan kandungan itu di dalam atau di luar rahim.

Untuk kes-kes tertentu di mana pesakit adalah stabil dan hamil kurang daripada enam minggu, ujian darah untuk b-hCG akan dilakukan setiap dua hari. Paras hormon ini bertambah dua kali ganda setiap dua hari untuk kandungan dalam rahim yang sihat. ‘‘Jika ia tidak bertambah atau berada pada paras yang lebih rendah daripada sepatutnya, kemungkinan seseorang itu mengalami kandungan luar rahim adalah tinggi,’’ katanya. Untuk kes-kes tertentu, laparoskopi diperlukan bagi memastikan diagnosis. Walau bagaimanapun, hampir 3 peratus kandungan luar rahim masih tidak dapat dikesan.

*Rawatan
Dalam kebanyakan kes, rawatan adalah melalui pembedahan. Jika pesakit berada dalam keadaan renjatan, laparotomi mesti dilakukan secepat yang mungkin. ‘‘Keutamaannya adalah untuk memberhentikan pendarahan. Biasanya sebahagian daripada tiub fallopio tersebut akan dibuang (salpingektomi separa). ‘‘Bagi kandungan di tiub yang kecil dan belum pecah, pembedahan salpingostomi boleh dilakukan di mana janin dan uri dapat dikeluarkan tanpa membuang tiub fallopio berkenaan,’’ kata Dr. Chew.

Pembedahan juga boleh dilakukan melalui laparoskopi operative untuk pesakit yang stabil. Pembedahan membuang rahim (histerektomi) mungkin terpaksa dilakukan jika berlaku pendarahan yang tidak dikawal dalam kes kandungan di pangkal rahim. Rawatan dengan ubat seperti methotrexate boleh diberikan untuk kes-kes tertentu sekiranya kandungan luar rahim kecil dan pesakit itu berada dalam keadaan stabil dan menepati beberapa kriteria ketat.

Kandungan akan datang?

Peluang untuk mengandung semula bergantung kepada keadaan tiub fallopio yang kini tinggal sebelah. Jika tiub tersebut berada dalam keadaan yang baik, seseorang wanita itu mempunyai 50 peratus peluang untuk mengandung lagi. Pada masa yang sama, kemungkinan berulangnya kandungan luar rahim adalah 10 peratus. Ini bermakna, seseorang wanita yang pernah mengalami kandungan luar rahim harus berjumpa doktor dari awal kehamilan setiap kali mengandung. Saranan Dr. Chew: ‘‘Kebanyakan kes kandungan luar rahim tidak dapat dielakkan. Akan tetapi, kandungan di tiub fallopio dapat dicegah sekiranya keadaan yang menyebabkan kerosakan pada tiub fallopio seperti PID dapat dirawat awal. ‘‘Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor jika hamil dan mengalami tanda-tanda mengandung luar rahim. Diagnosis dan rawatan awal dapat mengelakkan komplikasi teruk.’’






Tuesday, October 26, 2010

"CUTEST BABY CONTEST - bersama Sinar Raudah"

arini ibu nak curi masa ckit untuk join contest yat bwh nie :


opsss!!! kene cepat nie... tinggal berapa ari jer lagi nak due..
meh layan pica anak ibu nie..
dengan harapan dapat memikat hati si pengajur contest...wacaaa...
padahal x pernah menangpun...
saja suker2 nak men join...


NAMA : MUHAMMAD HARITH HAZIQ BIN A. RAHIM 
UMUR : 2 TAHUN 5 BLN

okay... jom kengkawan dialam maya yang belum menyertai...
meh kita layan contest ni selagi maseh bpeluang... hihihi...

tamat contest nie : 31 Oktober 2010 tepat jam 11.59 p.m

Jom!!!! Moh ler kiter...
sesapa nak join lagi klik jer kat SINI




Friday, October 22, 2010

TINGGAL 1 MINGGU LAGI... CEPAT!!!!


~CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL~
Tinggal lebeh kurang 1 minggu jer lagi...
ibu akan wat pengumuman siapa kah pemenangnyer...
jom sertai kami...
perghhhh!!!!... x sabonyer!!!!...



Si kaki Buli...


arini ibu berpeluang nak membebel...
ari yg sblmnyer ibu sibuk ngan sessi mterjah blog peserta contest...
dan pg2 lagi ibu dah bkesempatan m' update the latest peserta contest...

k... rini ibu nak citer alkisah anak sedara ibu nie ler...
seperti yang tertera kat tajuk en3 ibu tu ler...
sptutnya en3 nie ibu dah publish ari rabu ritu...
tp leh kerana ada sesuatu yg perlu ibu ambil tindakan segera...
maka rini baru kesempatan nak ngomel panjang...

meh... ibu nak citer...
Anak sedara ibu nie baru 7 thn...
menjadi mangsa buli pelajar tahun 5... 
kejadiannyer berlaku diluar waktu sekolah...
iaitu perjalanan balik dari sekolah... anak sedara ibu nie naik van..

seawal pagi rabu tu... ibu mendapat 1 msg dr Mok Su...
cukup singkat msg tersbut.. 
"tatau citer Abang Long kena Tumbok ker?.."
dgn penuh tanda tanya lantas ibu terus wat panggilan tepon..
menanyakan perihal yang berlaku...
smpai pucat lesi Abng Long menahan tumbukan dari pelajar tersebut...

opss... jangan salahkan ibu mengandung??...
pergaulan dan perbatasan mereka yang sukar dikawal...

So... Mak Long ngajak Ibu temankannya pegi skolah untuk membuat laporan..
banyok jugak sok... sek... sok... sek... 
citer dibelakang yang ibu terima...
~ kenapa ibu yang kena pegi?...
mana mak bapaknyer?...

Persoalannyer hanya mereka yang memahami saja yang tau...
kemudahan yang kita dapat arini x semudah apa yang mereka dapat...
ini memandangkan Abang ibu juga bekerja makan gaji dengan pihak swasta..
bukan makan gaji dengan pihak Kerajaan... 
yang boleh dikatakan agak mudah ler jugak nak mohon kebenaran kuar...
sekiranya  berlaku situasi sebegini...

so... seperti yang dijanjikan...
berbekalkan kebenaran dari CC & EO ...
ibu dan Mak Long pun sampai jugak kedestinasi yg dituju...
buat laporan supaya kejadian sebegini tidak akan berlaku...
memohon jasa baik pihak Guru Besar memberi nasihat dan teguran kepada pihak yg terlibat..
x perlu ler ibu citerkan kat cni tntang situasi Mak Long semasa membuat Laporan...
Biar Ia menjadi pengalaman pada ibu sekiranya kejadian tersebut terjadi...
pada mereka yang x merasa...
mungkin mereka boleh kata itu ini...
tapi... bg ibu klu kita x bendung perkara ini dr perkara asas mcm nie..
takut ia membawa padah yang lebih besar...
bukan x pernah terjadikan!!!...

* tangan yang mengayunkan buaian bisa mengoncangkan dunia...*
jentikkan tangan siibu terkena pada si anak yang dikandung 
tidak akan sama dengan jentikkan insan lain pada sianak yang dikandung...
itu lah naluri seorang ibu... 
dan ibu sendiri dah merasainyer dahulu...
x percaya!!!!...

hihihi... x suh pun percaya...
just penghayatan sahaja...


pi jumpa cikgu Yasmin...
kenapa pegi skolah pra?..
Bukan ker umur Abang Long dah 7 tahun..
kebetulan Cikgu Yasmin menjadi guru ganti kepada pelajar Pra kat c2...
so... pencarian kami smpai ler ke sini..


Hati seorang ibu...
perasaan terkilan tetap ada...
itu ler dikatakan nama "ibu"..
dengan penghinaan yang dilakukan oleh pelajar tahun 5 tersebut...
hati mereka mudah tersentuh... dan mudah berubah menjadi ganas...


 lepas jumpa guru kelas abng Long...
destinasi kami berempat trus beralih ke Bilik Guru Besau...


 opssss... ibu x leh nak snap gambo masa dlm bilik guru besau tu...
tatottttt!!!!


tggu Abang Long makan jap...


ermmm... teringat zaman ibu sekolah dulu...
tapi dolu murah jer...
skrg nie leh dpt ker sepingan nasi dengan RM0.30 sen??...
usah bermimpi disiang hari ler...


sambil2 tggu Abang Long makan...
mata Mak Long begitu meliar mencari pelajar yang terbabit dengan kes anaknya...
Ternyata pencarian Mak Long tidak sia2...

ibu riso jugak...
tatottt Mak Long hilang kewarasan fikiran... hihihi
ermmmm... 
ibu jadi takut nak anto anak ibu ke sekolah...
takut perkara cam gini ler...
anak ibu tu lain macam sikit...
bukan nak bagi tau... 
Apa yang terjadi kat dier...
tgok kes dia kena bisol tu dah ler...
klu kita... mesti dah demam...
riso sesangat...
ermmmm... sosah nak ckp kan...
kay ler... ibu nak BW jap...
dah ler 1 bangunan IPK ni x der air...
sosaaahhh btoi ler... 
bil air x bayor ker?...
hihihi...huhuhuhu....




UPDATE LAGI PESERTA CONTEST...


OK... ibu update lagi gambo peserta contest...
kali ni... ibu publish kan gambo selepas update yang lepas...
ok... sabo tau...
untuk jimatkan masa...
ibu publishkan kedua2 kategori girl & boy..

untuk kategori boy...



kategori girl





 klu ada yang tertinggal...
sila komen di entry ini...
agar ibu dapat jejak kembali...
hihihi... beseler klu dah byok2... x perasan...
jangan amek ati tau...
sebelum tu ibu mintak maaf atas kekurangan tersebut...
coz baru nak berjinak2 ngan dunia contest nie...


OK... sila check skunk...hihhii..



Thursday, October 21, 2010

Siaran tergempar... hihihihi...


OPssssss... sebelum tu ibu nak minta maaf bebanyak 
kepada semua peserta contest ibu nie...
leh kerana dlm percubaan pertama ibu berjinak2 dlm dunia contest nie...
dan mmg x myangka kawan2 dialam maya ibu nie banyak mmberi semangat 
dan bersama2 memeriahkan dunia contest ibu...

iaitu 1st contest ibu buat...
sambutannyer ckup membuatkan hati ibu berbunga2...
kembang kuncup... huhuhuhu....
so... ibu nak buat 1 pembetulan...
hihihihi... jgn mare nyehhh...

leh kerana smua peserta contest ibu ni begitu comei...
ibu terpaksa mengambil khidmat Mok Su Kak Long sebagai pihak juri...
iaitu ala-ala pembantu ler tu... hihihihi...
ok tak????....
setuju tak!!!! 


Wednesday, October 20, 2010

TREEEETTTTT..... TREEEEETTTT!!!!!!.... BUNYI APA KAH ITUEWWW...


Sebelum bom jangka waktu kat pejabat ni
kembali berfungsi seperti selalu...
bagi change kat ibu nak bebel panjang...
tadi nak bebel panjang.. x dapat ...
dok dgor khutbah IbuAqil kat sebelah ibu nie...
pok... pet... pok... pet... 
beseler dier tu klu cik abangnyer cuti mmg camgitu ler... 
kes mlm tadi x dapet ler ituewww....
muahahahaha.... jangan mare... Ai jual nama u... muaahahhaha... gurau jer tu...
kay ler...malaih nak bebel panjang pasal ibu Aqil nie...
kang x abis citer ibu arini... 
ermmm... sambil mata memandang jam di dinding.. o...o...
mmg x abis citerpun... 
coz jam waktu seakan mcemburui ibu lagi...
kay ler... sok ler ibu citer...
ermmm... sapa nak buatkan ibu kuih donat!!!!
cam dah terasa-rasa kat mulut nie...
eichhhh... x leh jadi nie...
nak kena bli lagi ker bnda alah ituewwww!!!!
maseh dalam mood tanda tanya...
kenapa bendera itu maseh belum berkibar!!!!...
capet den dok menunggu... 
alahai... risonyer....

moralnyer...
len kali "pandu" lebih berhati2 jgn smpai "terbabas"...



Update lagi.... CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL...


x sampai ati ibu nak tggu lama2...
dan membuatkan ibu2 disana tertggu2 dan ternanti2... hihihi
jangan mare tau...
x per ibu dah edit awal2...
cuma nak mem... publish jer nie...

ok... tamau membebel panjang2...
so... untuk baby Girl plak...
ok... sila semak ok... 
samaada ada atau tidak...
takut tertinggal...
WALAU MACAMMANAPUN CONTEST INI 
MASEH LAGI BERJALAN...
BLUM TAMAT LAGI...
MASEH BANYOK MASA LAGI...
JOM SERTAI KAMI BERAMAI2...










 klu ada yang tertinggal...
sila komen di entry ini...
agar ibu dapat jejak kembali...
hihihi... beseler klu dah byok2... x perasan...
jangan amek ati tau...
sebelum tu ibu mintak maaf atas kekurangan tersebut...
coz baru nak berjinak2 ngan dunia contest nie...



UPDATE CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL...


ok seperti yang telah dijanjikan...
arini bersaksikan PC dan jari jemari ibu nie..
dalam suasana pejabat yg dilanda keriuhan..
cam pasar borong!!! hihihi...
tapi klu tanpa lawak jenaka golongan mereka2 ituewww...
ibarat hilangler serinyer...
ok ler... ibu plzzz... tolong jgn membebel panjang2 kay...
skang bukan masanyer... entah ler ...
rasanyer arini mulut ibu nie mcm berteh jagung...
x dapat ckp ngan IbuAqil...
handphone Mok Su jadi mangsa...
Apa tandanyer ituewwww!!!!!...
jangan bg ibuAqil jawab...
kang ibu jadi terkedu berdosssss....

tiber ler masanyer ibu nak meng... update...
peserta contest muncung paling menawan si kecil...
setelah bermacam2 peristiwa yg telah berlaku dlm kamus hidup ibu...
namun sempat jugak ibu dok terjah blog peserta contest...
dengan jeling2 manis pegawai kat pc ibu nie...
namun demi muncung yang paling menawan hati ibu 
tidak ibu terjahi...
membuatkan hati ibu resah gelisah...
muncung peserta2 contest ibu begitu menawan
hinggakan ibu semakin sukar nak buat keputusan...

kepada mereka2 yang belum menyertai contest ibu...
due date maseh panjang lagi...
sila singgah dan sertai... ok..
lebiu ler uollssss....

meh ... kiter tgok peserta contest...
ibu update untuk baby boyz dulu nyeh... 
sabo tau...








 klu ada yang tertinggal...
sila komen di entry ini...
agar ibu dapat jejak kembali...
hihihi... beseler klu dah byok2... x perasan...
jangan amek ati tau...
sebelum tu ibu mintak maaf atas kekurangan tersebut...
coz baru nak berjinak2 ngan dunia contest nie...




Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails