Followers

SToRY BeSt IbU..

Wednesday, December 29, 2010

KU sINGkAp kEnANgAn...


Sayu amat rasa hati ibu utk mengucapkan selamat tinggal pada 2010. Pelbagai pengalaman dan kenangan manis terkumpul di sana. Kerinduan semalam hanya dapat dijadikan kenangan. Kerana masa yang lalu tidak akan kembali lagi. Namun masa berlalu itu adalah 'emas' yang sudah dikutip untuk menyinarkan cahaya di tahun baru nanti. Tahun 2010 umpama sebuah buku yang penuh dengan cerita sejarah. Yang pasti sangat berguna untuk diulang baca, agar ia mampu memantapkan lagi diri kita untuk lulus dalam ujian kehidupan masa depan. 

Sebuah catatan perjalanan mengiringi langkah pertama di tahun baru. Langkah pertama yang mendekatkan lagi pada kematangan usia. Melihat warna warni kehidupan sebenar melalui pelbagai perkara dan pengalaman yang telah ditempuhi. Melihat warna sebenar seseorang itu setelah mendekati dan bergaul dengannya. Ia umpama 'alat' untuk ibu menggali potensi diri lebih daripada apa yang saya ketahui.

Bagi ibu setiap tahun dan setiap langkah yang ditinggalkan pasti ada 'hadiahnya' untuk kita kenang. Sesuatu yang ditinggalkan, pasti ada pelajaran yang buruk. Allah tidak memberikan sesuatu itu sia-sia. Ia pasti berguna untuk dijadikan perisai bagi meneruskan kehidupan. 

Marilah semua kita tatap tahun 2011 yang bakal menjelang esok, dengan perasaan yang penuh dengan keyakinan berbekalkan dengan apa yg telah dihadiahkan olehNya. Singkaplah lembaran demi lembaran tahun baru tanpa ragu-ragu, kerana tahun baru bererti kita akan mendapatkan pelajaran baru pula. Jangan takut gagal, kerana kejayaan yang paling berkesan adalah kejayaan selepas menempuh kegagalan. Kegagalan adalah guru terbaik kita. (btoi ker).. itu la hakikatnyer..

Selamat menyambut tahun baru dengan penuh keceriaan.

Selamat Tinggal Tahun 2010.



Wednesday, December 22, 2010

CINTA MONYET ZAMAN KANAK2...


Nak tergelak biler ibu dok tgok surat layang dibawah nie..
kengkawan ibu nak tgok jugak ker...
mehhhh!!!... ibu pun nak kongsi bersama ngan kengkawan ibu jugak...
jom melayan ...


untuk zat pembesaran ... sila klik di pic ni ok...


Terkenang-kenang pula pada sahabat yang ibu CiNtAi setulus hati. Walaupun gaduh macamana sekalipun, dorang tetap di hati. Rasa murni ikatan kaseh kami ni. Macam cikgu Murni. Hehe.. Selalu je orang kata, sahabat yang paling rapatlah yang paling banyak kita terasa hati. Sebabnya, dah perkataan sayang terpahat kat hati tu.. Setuju kan?? Zaman sekolah nilah zaman paling banyak saya teruji dengan CiNtA pada sahabat. Biasalah, masing2 maseh lg bersifat kurang matang lagi. Apa2 pun, kenangan yang tersimpul rapi tu masih di hati. Terpahat kukuh di kamar memori ni. Teringat pada semua member2 ibu. Wani... Dia ni tak tinggi tak rendah orangnya (bese2 jer). tempat ibu sandarkan bahu tatkala kesedihan menerpa. very sweet... Manja... Sensitif... Itulah dia. 

 Kini, kami dah terpisah jauh. Tidak semudah carian di Google chrome...  
si Mozilla firefox... Godzilla and ever...  mahupun muker buku... 

selepas berlaku beberapa fasa perubahan dalam hidupku ini. Wah!!! teramat menebal rindu dan CiNtA ku ini buat kamu!! Ni ada puisi buat semua teman2 hatiku.

Buat Kalian Yang Aku CiNtA

 Aduh teman belahan jiwa
Rindu bersamamu mengunjung selalu
Tak pernah kering mengetuk kamar CiNtA ku
Tak pernah surut mahu bawa aku pada waktu dulu
Sesungguhnya aku rindu bila aku kata rindu
Aku sayang bila aku kata sayang
Dan, aku CiNtA bila aku CiNtA


huhuhuu... RInDu banggat Sihhhh!!!

ibu nak search Google jap... 
nak kongsi ilmu tentang CiNtA MoNyeT...
jap nyeh... 
nak search tentang cinta Monyet nie ...


Dalam perjalanan hidup anak manusia.. pasti pernah mengalami cinta monyet 
(baik itu bertepuk sebelah tangan atau bertepuk kedua tangan). 
Cinta monyet ini sebenarnya hanya sebuah sindiran yang digunakan untuk seseorang yang kurang mencintai pasangannya. Jatuh cinta sesaat dan kurang begitu mencintai.

Love Poems
True love is a sacred flame
That burns eternally,
And none can dim its special glow
Or change its destiny.
True love speaks in tender tones
And hears with gentle ear,
True love gives with open heart
And true love conquers fear.
True love makes no harsh demands
It neither rules nor binds,
And true love holds with gentle hands
The hearts that it entwines.




The Happiness I Feel at Your Achievements

The happiness I feel at your achievements
Reflects the happiness you feel at mine.
Friends expand the pleasures of such moments,
As mine in yours, and yours in mine, combine.
The same when we look forward to our futures:
So much more unfolds when there are two!
Populating your proposed adventures
Gives me a joy that mine must give to you.
We've been through much, and will be through much more,
But traveling together is more fun.
Whatever life and love may have in store,
Two is always preferable to one.
Your graduation thus becomes my pleasure:
Your happiness is mine, a double treasure.







Monday, December 20, 2010

MULERKAN DGN MASAKAN...


cuti hari minggu yang penoh dengan kefenatan...
selamat tinggal hari kefenatan dirumah yang sentiasa x luak keje...
bebanding berada dirumah baik ler dok kat pjbt nie...
ada waktu leh berBW... leh jgk berFB..
klu dok kat umah koje x pronah nak surut... 
memanjang jer ada kroje...
smpai sakit anak tekak dibuatnya..
x terlayan ibu ngan karenah anak2 ibu ngan anak jiran lagi...
Aduyaiiii... terlalu ler penat...

tapi ibu tetap jugak dengan agenda ibu 
iaitu memasak ler... apa lagi...
tambahan pula klu tgok anak2 suker mkn...
lagi ler suker... 
paling ibu suker, klu sblm makan kak long ucap "terima kaseh"...
siap ada lagu plak tu...
sejuk jer rasanyer...
rasa dihargai...
meh ler kiter melayan masakan ibu nie...




Ohhh!!! yessss.... Soup tulang...
ermmmm... yummy...yummmyyyy...
smoga anak2 ibu membesar sihat dan kuat...


Friday, December 17, 2010

Kematian itu adalah benar...



SUARA YANG DIDENGAR MAYAT...



Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga yaitu;.


1)Keluarga
2)Hartanya
3)Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu ;
a)Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
b)Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,


" Wahai  Si Fulan Anak Si Fulan..
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu

· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."



Ketika
Mayat Tergeletak Untuk Dimandikan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,


" Wahai Si Fulan Anak Si Fulan...
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa.
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara "


Ketika Mayat Siap Dikafan ...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."


Ketika MayatDiusung. ...
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disolatkan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."


Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ....
terdengar Suara Memekik Dari Langit,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."



Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .
Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku ....

.· Kini Kau Tinggal Seorang Diri· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· Padahal , Karena ... Kau Pernah Langgar Perintahku


· Hari Ini,....

· Akan Kutunjukan Kepadamu· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,
" Wahai Jiwa Yang Tenang· Kembalilah Kepada Tuhanmu
 Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku


 Dan Masuklah Ke Dalam Jannah -Ku"

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!


Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca mesej ini . Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita . kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.
Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???


WALLAHUALAM...
Kongsi dari kengkawan facebook...
thanks kerana sudi share ngan ibu..



Wednesday, December 15, 2010

Ohhh!!! tolong ler ibu dah x tahan niiiieee...

sebelum melerek panjang cerita meh kita layan pica ibu nie...
alahai nampok comel & still cute...hihihi
yola ... comel sesangat ler tu... hambek ler... sapa lagi nak puji klu x diri sndiri...

gambo berukuran passport nie diambil untuk wat pas card baru...
so pasti gambo yang diambil tu touch-up bek punye..
sebonarnya ini gambo 2 taun sudah... hihihihi...
hahhaha... janji maseh leh digunakan lagi...
baru kualiti pas card nampak mude selalu...hihihi


apa dah jadi ngan ibu rini...
kenapa?? mengapa??... 
tell me know???...
Why!!!
hihihihi... sajer nak wat gempaq jer... 
sebonarnya ibu dah terbekenan kat baju di bawah nie...
sesuai sangat ngan Kak Long...
Uhhh... Tidak!!!!...
mataku telah terpukau dek silauanmu...
tapi biler ibu dah kata SUKER...
dalam erti kata suker bangat..
maka ibu akan pasti memilikinya..
kes arini duk berjalan2 tanpa arah ke pesbuk ibu tu ler...
tu ler pasei... 
ibu dah terbekenan sesangat...
x per prabih duit untuk anak2...
 x salahkan...
dari prabihkan duit kepada yang x sepatutnya... btoi tak!!!...


akan ibu sarung jugak baju ini ke badan Kak Long... hihihi..
eichhhh!!! apa ler ibu nie... tengah duk gawat2 anak2 nak pi school...
hasrat ibu tu boleh tolong simpan sekejap tak???...
plzzz ler... kang En. Rahim dok terbeliak biji mata lagi...


Perggghhhh!!!! canteknyer...
menarik ... tertarek kau memang the bommmm!!!...
kegilaan ibu dah mariiiiii!!!...




Hadiah ibu pada Putera dan Puteri Ibu...


salam 1 Malaysia semua...
lama ibu x berceloteh panjang disini... diruangan sini...
sbonarnya baru smlm dan arini ada bekalan tenet 
kay ler ibu nak layan pica anak ibu nie...
lama ibu x citer kisah anak2 ibu nie..
tengokler gelagat2 si adeq tu...

selagi boleh diluaskan mulut tu...
camgituler...


tapi skang mereka dah ada kawan baru..
masalahnya sosaahhh ibu ler... coz kene budget waktu...
mana xnyer... sblum ada bnda alah nie mmg x ckup masa...
tp sejak dah ada bnda alah nie lg bertambah tahap kesibukan ibu diawal pg... 
ibu akan pastikan tempat Cik Nab laki bini nie sempurna...
macam anak2 ibu jugak... kelihatan bersih dipagi hari...
baru boleh mulakan hari2 dgn kesegaran... hihihii...
tgokler Pak Arnab nie... abis serabai bulunyer tu...
gara2 si Cik Arnab ler... buat tinju... atau dalam bahasa haiwan... mengawan...


sampai Mr. Rahim terpaksa buat pengadang...
mengelakkan mereka nie bergaduh...
eiccchhhh!!! x baik tau... bising!!!... klu nak buat tu...
buat senyap2 ler... nie tak.. sakan gadoh!!... ermmm...
wat malu kat owang jerkk... opss...


tengokler... smpai luker parah Pak Nab...
En. Rahim yang merawatnyer...


 
 ini adalah hadiah ibu kat anak2 ibu...
jaga baik2 tau...



Tuesday, December 14, 2010

SILA WAT SEMAKAN OK...


Hiiii... Good Morning Malaysia...
Lama ibu x bebel kat ruangan nie...
Windu bangat sehhhh...
buat pengetahuan peserta contest ibu 
"MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL"
ibu dah wat sessi penghantaran hadiah...
kepada para ibu / mama / mummy yang maseh belum send alamat penuh kat ibu...
apakan dayanyer... ibu x dapet nak nolong...
ibu bagi tempoh sehingga ke penghujung minggu ini sahaja untuk senarai peserta yang layak...
klu ibu maseh x dapat alamat penuh tersebut...
maka ibu akan buat cabutan yang baru...
harap maklum...


Tuesday, December 7, 2010

Hari Perkahwinanku... Penghijrahan bermula...




07 Disember…
tarikh ini begitu sinonim dalam hidup ibu… (hari perkahwinanku yang ke-7)
Selain dari itu pada 07/12/2010 iaitu tahun ini pula ia jatuh pada 1 Muharam…

Hari Awal Muharam atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.
Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam,
ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


semoga penghijrahan kami pada tahun nie lebeh diberkati oleh-Nya...
serta pengorbanan ibu sebelum hari penghijrahan akan lebeh merapatkan lagi hubungan suami isteri... amin...

meh kita hayati lagu nie...



Lirik Lagu Maal Hijrah
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman



Lagu Maal Hijrah ni sering berkumandang setiap kali sambutan Maal Hijrah diadakan tak kira lah kat sekolah atau kat tv. Ibu pun tak tahu tahun bila lagu ni dibuat tapi dari zaman sekolah rendah dulu lagi lagu ni dah popular. Siap masuk pertandingan nasyid lagi masa kt sekolah. Dan lagu ni dijadikan lagu wajib untuk masuk pertandingan tu. Tapi tak berapa nak ingat la pulak kumpulan nasyid kami dapat tempat ke berapa.. tapi yang pastinyer dapat hadiah kain tuala... waktu tu suker bebenor ler biler dpt hadiah nie... abis ati ler...hihihi...





Monday, December 6, 2010

Kemalangan tidak diduga...


Salam semua sahabat2 di alam maya..
hope uolls happy dismping kluarga tercayang...
entry kali ini ibu nak citerkan sedikit kisah Mr. Rahim...
apa yang terjadi ngan Mr.Rahim nyehhh..
ikutkan sekarang nie ibu lebeh suker bercerita di blog ibu yang satu lagi..
tapi leh kerana ibu nak kongsi citer ngan kengkawan ibu semua ..
maka untuk blog ibu yang satu lagi tu terpaksa ibu sign-up..
coz ibu nak citer diruangan sini...
ruangan Diary Perjalanan Hidupku...
alkisahnyer begini...

lewat 6 ptg tadi seperti selalunyer...
memang itulah hobinyer saban hari... 
yang sememangnyer sukar untuk dilarang..
dan ibu sendiripun x larat dah nak bermasam muker biler time blik keje..
kekadang klu penat sgt... ibu buat tak reti jer..
tapi biler memikirkan anak2...
 gagahkan jugak ler buat santapan untuk mereka..
naseb baik ler Mok Su ada... 
kurang ler sedikit sebanyak keje dirumah...hihihihi...
tapi minggu nie biler Mok Su x der.... balik kg ler...
ibu dah start jadi ributan... waaarrrgggghhhh!!!!
jadi TARZAN!!!!
tapi biler difikirkan balik... itu dah jd tanggungjawab...
ibu harus kuatkan semangat...
jangan diikutkan perasaan... kelak memakan diri..

ikutkan hari ini adalah hari yang paling bahagia yang perlu ibu sambut bersama Mr. Rahim...
opss!!! ibu apa kes nie???... x kan Mr. Rahim tgah duk sakit2 tu maseh lagi nak sambut2..
mesti ler ibu nak smbut... 
arini merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-7 thn...
Alhamdulillah... pelbagai onak dan badai yang pernah kami tarungi...
syukur kami maseh tetap bersama.. 
bru sat nie tadi ibu tanya Mr. Rahim...
Ohhh!!! My Lalink...
Ari ni ari ape nyehhhh???
ermmmm... kenapa nyer (jawap Mr. Rahim )..
eiccchhhh... bikin hati ibu panas jer...
pastu dier tersenyum... sambil menjawab...
Ari perkahwinan kita ler...
ermmmm... ibu maseh x puas hati...
mana adiah tuk ibu..
nie... nie... ler adiah nyer ( smbil menunjuk dikepalanyer...)..
lorrr.... itu adiah abang cari sendiri!!!... 
( x kisah ler... tapi ibu nak tuntut jugak apa yg tlah dijanjikan)...

opssss!!! kan dah lari dari tajuk penceritaan ibu ...
hihihi.. ooo... sorry...
selalunyer Mr. Rahim akan pulang lewat lepas selesai main bola...
tapi berbeza plak dengan arini...
ermmm... dalam ati ibu berdetap... (awaiie plak rini baliknyer)
dalam ati x der fikir yang bukan2 ler...
pastu dok kuar masuk dari bilik jer...
nak cari pencukur...
nie... meh tengok jap... luka kat kepala nie...
mak aihhh!!! terbelah!!! besau jugak ler... 
pastu ada ker patut Mr. Rahim suh ibu dok gunting rambutnyer...
coz lepas tu hajatnyer nak letak minyak gamat jer...
ibu ckp...ibu x berani... ibu takot!!!
ibu tekan... kuar darah... eiiiii... memang elergik... ngeri...
pastu ibu ajak pi spital... dier x moh...
klu camgitu kita pi gunting rambut...
dalam kereta ibu ajak pi klinik lepas gunting rambut...
akhirnya dier mengalah coz dgor citer si tukang gunting tu...
so... kami empat beranak pegi ler ker klinik yg berhampiran...
tekan punye tekan... nah hambik kau... darah memancut mengalir...
doc mengesyorkan supaya menjalani rawatan susulan di hospital 
takut berlaku darah beku... (x-ray).. Mr. Rahim tak mau pi...
susahhh!!! susah nak ckp...
itupun masa doc tu nak memulakan tugasnya menjahit...
hihihi... siap wat reben plak tu... 
kata nurse tu... supaya rambut x tumbuh dikawasan jahitan...
ibu ingatkan sajer nak perli... kuiiii...

yang ibu x tahan tu bukannyer apa... 
melihat keramahan kak long ngan nurse dan doc tu ler...
ada ker patut dier kata "Ayah main bola"...
 " tu ler pasei... kan x pasei2 terbelah kepala"... degil sangat!!!
hahhahah!!! ibu x ajor nyeh!!!...
Ayah x terkata apa biler anak start membebel...
mula2 sebelum masuk klinik tu ayah dah pesan jgn citer apa2pn...
tapi ayah pesan kat ibu... naseb ler... 
anak2 dah cukup bijak menilai... kuiii...kuiii...

smpai kat umah pun benda yang sama Kak Long citer kat Opah...
"degil sangat nak main bola... orang ckp jgn pegi...jgn pegi...nak pegi jugak!!!...haaa... kan dah terbelah... bla...bla... ( anak dara ibu yat sorang nie mmg camgitu) laju je mulutnyer...



sorry bicara tanpa gambo nie...
ibu malaih nak upload gambo... ada amik gambo masa doc tu ngah dok cuci kpala Mr. Rahim...
tapi time jahit... ibu x sempat nak amek... coz ramai sngat yg tepon...
terpaksa melayan karenah si pemanggil ngan anak2 yang x mau duk diam...
abis smua nak diusiknyer...
smpai nurse tu siap kasi upah gula2...
tapi still x mau duk diam jugak... 




Saturday, December 4, 2010

terluper!!! atau hilang ingatan?..


PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA



Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam



PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN



Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imaginasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam


......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. 

Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya



SIAPA MAU KELIHATAN CANTEK?.. CPT ANGKAT TANGAN!!!!



Siapa Yang Cantik? 
SIAPA NAK CANTEK?..
ANGKAT TANGAN!!!!







Siapa yang cantik?
 Awak cantik?
 Saya?
Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai
'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang kecantikan.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, dunia barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, kecantikan juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan,
wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
bkn saja waktu saya kecil... tapi bila dah ada anak nie pun.. saya inginkan anak2 saya kelihatan cantik dan bergaya... seperti ...
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.



KELUARGA Atas tanggungjawab bersama...


Assalamualaikum



Hukum Isteri Meleteri Suami ......




" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.


Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.


Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.


Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.


Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

tapi klu suami melebehkan aktiviti diluar tanpa memikirkan kebajikan anak bini dirumah camner plak!!!... sungguh tidak adil...

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "


Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

kerana siapakah wanita2 didunia ini terpaksa berhadapan dengan musibah itu???... kerana kaum lelaki jugakkan... mereka yang membuatkan wanita didunia ini hilang pertimbangan akal fikiran... 


MENGHERDIK


Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.Nauzubillah!!!.. begini teruknyer siksaan yang terpaksa dihadapi oleh kaum wanita...

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa. bukan ini yang aku impikan... cukup bekalan kaseh sayang yang aku dambakan...


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.


Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "..


Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.


Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.


Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.


Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.


Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.


Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.


Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "


Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.


Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.


Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.


Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.


Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. brulah kurang jumlah siksaan kaum wanita menjadi penghuni neraka.. dek keterlanjuran sikap berpunca dari sikap suami itu sendiri yang hanya mementingkan hobinyer sahaja. tanpa memikirkan perasaan isteri..


Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT. tabik spring dengan kata2 ini.. bru lah keharmonian rumahtangga dpt dipertingkatkan...


WASSALAM..




Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails