Sayu amat rasa hati ibu utk mengucapkan selamat tinggal pada 2010. Pelbagai pengalaman dan kenangan manis terkumpul di sana. Kerinduan semalam hanya dapat dijadikan kenangan. Kerana masa yang lalu tidak akan kembali lagi. Namun masa berlalu itu adalah 'emas' yang sudah dikutip untuk menyinarkan cahaya di tahun baru nanti. Tahun 2010 umpama sebuah buku yang penuh dengan cerita sejarah. Yang pasti sangat berguna untuk diulang baca, agar ia mampu memantapkan lagi diri kita untuk lulus dalam ujian kehidupan masa depan.
Sebuah catatan perjalanan mengiringi langkah pertama di tahun baru. Langkah pertama yang mendekatkan lagi pada kematangan usia. Melihat warna warni kehidupan sebenar melalui pelbagai perkara dan pengalaman yang telah ditempuhi. Melihat warna sebenar seseorang itu setelah mendekati dan bergaul dengannya. Ia umpama 'alat' untuk ibu menggali potensi diri lebih daripada apa yang saya ketahui.
Bagi ibu setiap tahun dan setiap langkah yang ditinggalkan pasti ada 'hadiahnya' untuk kita kenang. Sesuatu yang ditinggalkan, pasti ada pelajaran yang buruk. Allah tidak memberikan sesuatu itu sia-sia. Ia pasti berguna untuk dijadikan perisai bagi meneruskan kehidupan.
Marilah semua kita tatap tahun 2011 yang bakal menjelang esok, dengan perasaan yang penuh dengan keyakinan berbekalkan dengan apa yg telah dihadiahkan olehNya. Singkaplah lembaran demi lembaran tahun baru tanpa ragu-ragu, kerana tahun baru bererti kita akan mendapatkan pelajaran baru pula. Jangan takut gagal, kerana kejayaan yang paling berkesan adalah kejayaan selepas menempuh kegagalan. Kegagalan adalah guru terbaik kita. (btoi ker).. itu la hakikatnyer..
Selamat menyambut tahun baru dengan penuh keceriaan.
Selamat Tinggal Tahun 2010.
1 comment:
sokong2 ... kegagala guru terbaek kita ... selamat tahun baru ye ...
Post a Comment