Followers

SToRY BeSt IbU..

Tuesday, December 7, 2010

Hari Perkahwinanku... Penghijrahan bermula...




07 Disember…
tarikh ini begitu sinonim dalam hidup ibu… (hari perkahwinanku yang ke-7)
Selain dari itu pada 07/12/2010 iaitu tahun ini pula ia jatuh pada 1 Muharam…

Hari Awal Muharam atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.
Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam,
ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


semoga penghijrahan kami pada tahun nie lebeh diberkati oleh-Nya...
serta pengorbanan ibu sebelum hari penghijrahan akan lebeh merapatkan lagi hubungan suami isteri... amin...

meh kita hayati lagu nie...



Lirik Lagu Maal Hijrah
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman



Lagu Maal Hijrah ni sering berkumandang setiap kali sambutan Maal Hijrah diadakan tak kira lah kat sekolah atau kat tv. Ibu pun tak tahu tahun bila lagu ni dibuat tapi dari zaman sekolah rendah dulu lagi lagu ni dah popular. Siap masuk pertandingan nasyid lagi masa kt sekolah. Dan lagu ni dijadikan lagu wajib untuk masuk pertandingan tu. Tapi tak berapa nak ingat la pulak kumpulan nasyid kami dapat tempat ke berapa.. tapi yang pastinyer dapat hadiah kain tuala... waktu tu suker bebenor ler biler dpt hadiah nie... abis ati ler...hihihi...





No comments:


Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails