:: Hati ::
Nah, ambil la benda ni..
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku..
Hati kau? HHmm, kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadi sebahagian dari Aku... Kau lebih dari seorg kawan..
Terima Kasih... ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh yeke? Tapi maaf...
Utk apa?
Sebab, hati itu aku tak beri sepenuhnya.. Cuma sebahagian sahaja..
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Namun aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik²nya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebaganya.
Hati ini penuh mistik,
ada keajaiban tersendiri.
Mistik?..
kelakar bunyinya..
Mungkin kelakar..
Tp itu realitinya..
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau..
Rentak perasaan orang yang aku beri..
Jika dia betul² ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar..
Tapi, jika dia mempersia²kannya, hati ini akan malap..
Mungkin akan terus mati untuknya..
Tanya bukan satu benda yang percuma..
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja..
Insan yang istimewa..
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih..
Hati ini sering bertukar² mengikut perasaan orang yang diberikan..
Ianya terlalu sensitif..
tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.
"Musuh", ..
mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini..
Ianya tak berubah² seperti yang terjadi jika hati ini diberi kepada orang yang istimewa..
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja..
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,
walaupun aku hanya pinjamkan sekejap..
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan..
Ada yang sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti..
Dan jika kau nak tahu...
setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri..
Setiapnya terlalu mistik!!..
CUma satu sahaja yang kau tidak mengerti..
Sekali hati itu terluka,
kadangkala sukar nak mengubatinya..
Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu..
Dan bila tiba sesuatu yang tidak di ingini,
mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika..
Hati yang diberi ini bukan untuk suka²..
ianya lahir atas satu kepercayaan..
Dari situ, wujudlah kasih sayang..
Jika hilang rasa percaya itu..
maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
1 comment:
mak aih...komplikatednya bunyi sajak, puisi @ etc ko ni dik non...pening yong mbacanya...jiwang abis!!
Post a Comment