Apa yang macam chipsmore tu buuuuu!!!!!!!
yo ler... sat ada... sat takder...
sat timbul sat tenggelam....
skang nie sminggu sekali citer ibu ..
bukannyer ibu x moh berleter pepanjang2 kat umah kesayangan ibu nie...
leh kerana masa yang semakin kesuntukan...
membuatkan ibu dah semakin kurang entry...
dah semakin menjarang membuka blog...
nak blogwalking pn dah tak berapa nak sempat...
skang masa ibu lebih banyok di pjbt...
kaseh sayang tok anak2 dan suami pn semakin berkurang...
cian kat mereka kan...
dalam beberapa bulan nie...
mmg ibu teramat menagih pengorbanan masa anak2 dan en. rahim...
ibu mintak maaf wat kalian (anak2 dan En. Rahim) kerana ia berlaku dalam keadaan yang mendesak...
ibu perlu akur pada setiap rentak perjalanan dunia...
wahai anak2 ibu semua...
maafkan ibu kerana mencacatkan sedikit masa emas kalian...
ruang untuk kalian melampiaskan sedikit kaseh sayang...
setelah berharian ibu tempatkan dipusat pengasuhan...
insyaallah ibu akan bayar dengan ganjaran yang lebih berharga dikemudian hari...
sesungguhnya ibu teramat memerlukan ruang....
ruang yang sempit dan padat ...
Sebagaimana sbb2 tumbuhnya kasih sayang itupun berbagai2 maka sifat dan kesan kasih itu juga berbeza-beza. Bergantunglah kepada siapa dan mengapa kasih itu tumbuh. Kasih kepada ibu bapa tidak sama dengan kasih pada isteri-isteri. Kasih kepada anak-anak tidak sama dengan kasih pada kawan. Kasih pada guru tidak sama dengan kasih pada saudara-mara. Kasih pada pemimpin tidak sama dengan kasih pada pengikut. Kasih pada bangsa tidak sama dengan kasih pada harta. Kasih pada agama tidak sama dengan kasih kepada bangsa. Maha Suci ALLAH yang menciptakan dalam ruang seketul hati yang sempit itu rasa kasih yang berbagai sifat dan rupanya!
Akibat berbeza sifat dan rupanya, maka berbeza pula kesan dan akibat kasih itu. Ada kasih sayang yang kekal dan bertambah di dalam hati. Ia tidak diganggu atau dicacatkan oleh rasa jemu dan hambar kecuali dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun ada kasih sayang yang dirosakkan oleh rasa jemu dan benci. Maka ia tidak kekal bahkan berkurang dan mungkin hilang. Kasih pada pemimpin membuatkan seseorang pengikut menyerahkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Kasih pada pengikut membuatkan seseorang pemimpin berkorban member khidmat dan kasih sayang tanpa sebarang kepentingan dan rasa letih serta jemu. Kasih kepada isteri membuatkan suami bersifat bertanggungjawab. Manakala kasih pada suami menjadikan isteri sedia taat, patuh dan melayan suami sesungguh hati. Kasih pada guru membuatkan murid gigih belajar dan mengamalkan ajarannya. Manakala kasih pada murid menjadikan guru-guru hilang letih untuk mendidik dan mengajar hingga muridnya berjaya. Kasih pada ibu bapa membuatkan anak-anak sangat menjaga hati orang tuanya. Manakala kasih kepada anak-anak menjadikan ibu bapa rela berbuat apa saja untuk anak-anaknya.
Demikianlah kesan adanya kasih sayang. Ia membuatkan manusia seperti terikat satu sama lain. Lalu akan saling memberi dan menerima secara suka dan rela. Orang yang saling menyayangi rasa bersalah kalau tidak dapat memberi kasih sayang walau dalam apa bentuk sekalipun. Berkorban dan bersusah-susah untuk yang disayangi adalah kebahagiaan, kepuasan dan hiburan.
Sedangkan tanpa kasih sayang, pengorbanan dibuat secara terpaksa, menjadikan ia amat berat dan menyeksakan manusia. Seorang murid yang buat kerja guru dengan rasa cinta pada guru, akan membuatnya dengan sepenuh hati, ghairah dan bahagia. Dia tidak jemu dan tidak letih. Dia akan berbuat lebih dari yang diperintahkan. Sebaliknya murid yang buat kerja guru dalam keadaan terpaksa, sedangkan dia benci pada guru itu, akan rasa berat dan jemu. Al hasil, kerjanya jadi tidak sempurna.
tulisan yat colour biru nie... credit dari Mr. Google..
kay ler ibu nak tido...
1 comment:
sbr ye...insya allah skt masa lg keadaan yg gawat akn reda...
Post a Comment