Followers

SToRY BeSt IbU..

Thursday, April 1, 2010

Hanya Tuhan Yang Tahu

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita


Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Seandainya Kita Sehati Sejiwa

Lafaz apa yang harus kuungkap
Untuk kuluahkan perasaan
Yang bergelora di sudut hati
Setelah kita berjauhan

Mengertilah sebenarnya rindu
Ku tenggelam didalam lamunan
Sampai bilakah kunanti
Kasih sayang yang sehati

Tiada... pernah aku menyesali
Biar pun kemilaunya
Sering dikhianati mimpi
Namun ternyata keindahan itu
Tak sekali terhapus
Musim yang berjuta

Suka dukaku silih berganti
Walau pedih kutahan untuk menanti
Keasyikan terasa jua
Seandainya kita sehati sejiwa

Mendung cinta berarak berpisah
Tersingkaplah rindumu di tabir senja
Yang membenam segala sangsiku
Kasih sayang akan ku pertahankan
Mahligai Syahdu

Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku

Namun jika kau datang ini
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana

Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu

Rawat JIwa...


Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan


Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.
Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebagiannya
...
So...ingin jadikan yang terbaik...perlukan masa..... baja yang baik...x bererti ia akan menghasilkan, hasil tuaian yang baik dan berkualiti... dan buah yang cantik diluaran bukan bererti sedap dijamah...(don't judge A Book bt It's Cover)...

Happy birthday To My Mom...

Semoga dipanjangkan umur...dan happy2 selalu...
entry nie sebenornya aku nak publish semalam...
tp...terhalang dek minda yang x berfungsi untuk menitip bait2 kata..
so arini baru nak mulakan operasi mengolah ayat...

Ohhh...Ibuku..Jasamu x ternilai dengan jutaan ringgit... mengandung.. melahirkan.. menyusukan... membesarkan... Ahhh... sungguh...x terhitung sekali...


Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Terbayang diruang mata lagu yang disampaikan oleh Datuk Sharipah Aini ni..
begitu agung kasihmu ibu...

Dalam Tanzil-Nya yang mulia, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangtuamu dan hanya kepada-Kulah kembalimu.“ (Luqman: 14)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullahu berkata menukilkan ucapan Ibnu Baththal rahimahullahu, “Kandungan hadits ini adalah seorang ibu memiliki hak untuk mendapatkan kebaikan yang disebutkan tiga kali daripada hak seorang ayah.” Ibnu Baththal juga mengatakan, “Yang demikian itu diperoleh karena kesulitan yang didapatkan saat mengandung, kemudian melahirkan lalu menyusui. Tiga perkara itu dialami sendiri oleh seorang ibu dan ia merasakan kepayahan karenanya. Kemudian ibu menyertai ayah dalam memberikan tarbiyah (pendidikan kepada anak). Isyarat akan hal ini terdapat dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Maha suci Allah yang telah menciptakan para ibu yang menjadi sebab bagi kewujudan kita di alam maya ini. Lahir sahaja kita ke dunia, ibu akan menjaga dan membesarkan kita dengan sepenuh jiwa, sepenuh keprihatinan. Selepas sembilan bulan sepuluh hari menanggung kepayahan dan keletihan yang menagih tidak sedikit kesabaran, ibu tega berhadapan dengan segala kerenah dan dugaan lewat membesar dan mendidik anaknya.

Segala kepayahan itu Allah jelaskan di dalam al-Quran dalam firman-Nya: “Ibunya mengandungnya dengan penuh susah payah dan melahirkannya juga dengan penuh susah payah.” (Al-Ahqaf: 15) Firman Allah lagi: “Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.” (Luqman: 14)

Pun begitu, naluri dan fitrah seorang ibu sejati tidak pernah merungut itu dan ini terhadap penderitaan yang dilaluinya itu. Jiwa penyayang yang dikurniakan Allah kepada para ibu itu telah menjadikan mereka tabah serta tahan menanggung kesakitan dan kepayahan. Lebih dari itu, mereka mampu melaksanakan tugas-tugas keibuan yang diamanahkan kepada mereka.

Namun tidak dinafikan, tekanan hidup hari ini telah menyebabkan ramai ibu yang luntur naluri keibuannya. Malah naluri keibuan ini semakin hilang dari ibu-ibu muslim sendiri, sedangkan Islam paling terkehadapan dalam mengiktiraf dan mengangkat martabat seorang ibu selain punyai kaedah paling berkesan menyubur dan mempercambahkan naluri suci tersebut.

Islam menegaskan bahawa tugas keibuan bukan sekadar mengandung, melahirkan anak, menyusu serta mengasuh anak kerana rutin dan pengalaman sedemikian juga dilalui dan dikongsi bersama oleh ibu-ibu di seluruh dunia tidak kira apa bangsa dan agamanya.

Tugas-tugas keibuan di dalam Islam merangkumi:

1. Mendidik

Inilah perbezaan utama antara ibu-ibu yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan ibu-ibu yang tidak beriman. Di sinilah peranan asasnya dan di sinilah kesejatiannya seorang ibu. Ibu yang bersifat pendidik akan mula mendidik anak-anaknya sedari dalam kandungan lagi hatta sampai anak sudah berumah tangga sekalipun. Kerana itu banyak penulis menyifatkan ibu sebegini sebagai ‘guru jagat’.

Tugas mendidik ini termasuklah berganding bahu bersama suami mencorak anak-anak mengikut acuan Islam yang murni.

Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak ada seorang bayi yang lahir melainkan ia lahir di dalam keadaan fitrah. Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

adab, memberi kata-kata semangat, memberi pujian, menunjukkan contoh teladan, bercerita, berehlah, beriadhah, bernasyid, bersajak dan bersyair, memberi hadiah, hukuman dan banyak lagi.Walaupun kita mengharapkan guru-guru memberi didikan kepada anak-anak di sekolah manakala di rumah kita mengharapkan pembantu rumah menjaga mereka namun jangan sekali-kali kita berlepas tangan dalam soal pendidikan, khasnya pendidikan agama dan akhlak. Kita tidak boleh menjadi ibu atau bapa sambilan kepada anak-anak kita.

Seandainya ibu-ibu Islam tidak sabar mendidik anak-anak dan tidak memainkan peranan yang sebenar dalam membentuk dan mencorak anak-anak, kesannya akan dapat dilihat di dunia lagi sebelum kesan ‘jangka panjang’ di akhirat. Amat malanglah ibu bapa yang sudahlah di dunia bersusah payah memelihara dan membesarkan anak-anaknya, di akhirat pula terpaksa dipertanggungjawabkan kerana kelalaian mendidik dengan sempurna.

Justeru Allah berfirman: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…”
(At-Tahrim: 6)

2. Menunjukkan contoh teladan

Penulis terkenal, Maryam Jameelah (1934) menukilkan:“Pengaruh yang paling baik yang dapat diberikan oleh seorang ibu kepada anak-anaknya yang sedang membesar ialah dengan menjadi contoh yang baik kepada mereka. Ibu yang rajin mengurus kerja-kerja rumah, menjaga, mengawasi dan mendisiplinkan anak-anaknya dan membuat kerja-kerja lain, menyediakan suasana keislaman yang sihat kepada anak-anak kecil yang dapat menolong mengikis pengaruh-pengaruh yang tidak diingini yang begitu banyak yang akan dihadapi apabila ia besar kelak.”

3. Mengurus anak-anak

Sekiranya anak-anak diurus dengan baik, insya-Allah mereka akan menjadi orang yang berhemah tinggi dan berketrampilan bilamana meningkat dewasa nanti. Antara pengurusan yang paling penting diterapkan pada anak-anak ialah pengurusan masa, pengurusan diri, kebersihan dan lain-lain lagi. Juga menguruskan dan merawat anak-anak yang sakit.Dalam mengurus anak-anak, ibu yang beriman akan memastikan anak-anak mendapat keperluan hidup sesempurna mungkin.

4. Mendoakan anak-anak

Antara doa yang mustajab itu ialah doa seorang ibu kepada anak-anaknya. Ibu yang sejati tidak akan melepaskan peluang ini untuk mendoakan kebaikan anak-anaknya. Bukannya memaki-hamun dan mendoakan kecelakaan. Mendoakan anak-anak ini adalah tugas keibuan ‘tidak rasmi’ yang telah diamalkan oleh ibu-ibu solehah sejak zaman-berzaman.

5. Meredhai anak-anak

Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan ibu bapa dan Rasulullah s.a.w. menekankan bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Oleh itu amat penting seorang ibu meredhai anaknya demi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya mesti dapat mengatasi dan jauh melebihi kemarahannya.

Pengorbanan dan kasih sayang seorang wanita yg lebih dikenali sbg IBU sukar dinilai dgn wang ringgit atau material.Kesulitan ketika hamil,kepayahan melahirkan dan cabaran membesarkan anak2 mereka semua tidak pernah diungkit tatkala kasih sayang ibu itu sendiri telah mengatasi segalanya.bagi IBU,biarpun anak2 mereka hodoh dan tidak sempurna di mata masyarakat, tetapi bg IBU,anak2 merupakan anugerah Allah yg paling bernilai,indah dan cantik.tiada ibu akan mengatakan anak2 mereka tidak sempurna melainkan dr mata masyarakat itu sendiri.segala penderitaan dan kesengsaraan sanggup dipikul oleh wanita yg bernama IBU dgn tabah dan sabar tanpa keluh dan kesal.IBU sanggup menggadaikan nyawa,harta dan wang ringgit demi untuk permata hati mereka yg lebih bernilai dr segalanya.hari IBU disambut setiap tahun pd bulan Mei,tetapi cukupkah sekadar menyambutnya sekali dlm setahun? memadaikah jasa dan pengorbanan seorang ibu hanya dikenang dan dihayati dgn menyambut hari IBU? A big no! sikap sebegini akan mnjadi budaya sekali dlm setahun,tetapi bkn sepanjang hayat.IBU mengandungkan,melahirkan,menyusukan dan mengasuh anak2 selaras dgn firman Allah:

Maksudnya:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungnya dgn menanggung susah payah dan telah melahirkan dgn susah payah."
[ petikan dr surah Al-Ahqaaf ]

Begitu juga pepatah Melayu ada mengatakan bahawa,"seorang ibu mampu menjaga 10 org ank,ttp 10 org ank tidak mampu mnjaga seorang ibu." inilah senario yg berlaku sekarang tidak mengira tempat dan kaum.betapa luluh dan pedihnya hati seorang ibu apabila memikirkan diri mereka kian terpinggir oleh berlian yg dikilaukan oleh mereka sendiri.kini,akhbar banyak mempamerkan berita berkaitan penderaan yg dialami seorang IBU oleh anak kandung sendiri.Ibu dipukul,didera,dipinggirkan dan yg paling memilukan,nyawa Ibu tamat ditangan anak mereka sendiri,anak yg dikandung selama 9 bulan 10 hr.Subhanallah..adakah ini salah satu petanda kpd dunia akhir zaman?

Ingin aku ceritakan pengalamanku.Ibu selalu berpesan," belajarlah bersungguh-sungguh.ambil segala peluang yg tak pernah mak dpt ketika seusia kamu.mak akan mati bila-bila masa shj.sebelum mak mati,mak ingin lihat kamu berjaya dunia dan akhirat.jgn lupa solat dan cukupkan rukun Islam.jadilah seorang isteri yg patuh kpd suami dan jadilah seorang ibu yg soleh supaya dpt membimbing anak2."

Aku merupakan isteri kpd suamiku (A.Rahim bin Salleh),dan Ibu kpd anak2 ku (Nur Irdina Batrisya binti A. Rahim)&(Muhammad Harith Haziq) "PERMATA HATI IBU".harapan aku seperti ibu,ingin menjadi isteri yg dicintai oleh suami,dan ingin melihat kejayaan anak2 ku.amin..

Tiada apa yg dpt diungkapkan~kpd semua Ibu diseluruh dunia,kasihmu akan ku kenang sepanjang hayat..
hApPY bIRTHdAY uNTUk iBUku...SiTI rOhAnI bIntI sYEd yUsOff.. yANg kE-54 tAhUN..

Pertukaran kata nama!!!

Arini Aku nak tukarla panggilan nama untuk blog aku nie...seperti blog2 yang aku ikuti semua mmbuat panggilan yang "spesial" ... Aku nak wat pengumuman...pengumuman...hihihi..
mulai daripada hari ni (Khamis bersamaan dengan 1 hb.April. 2010..sempena birthday mak aku yang ke 54 tahun..) Aku nak wat perubahan sikit untuk kata nama pengganti "aku"... supaya pabila anak aku dah boleh membaca dan mengenal kehadiran/kewujudan blog aku nie, dier akan lebih respect kat ibunyer nie...huhuhu...Anak2 sekarang lebih advance...lebih kedepan...so pemikiran mereka lebih pantas..1 patah kita ckp 10 patah depa jawab... besela nak bg org faham...soalan mmg pendek tp nk menterjemahkannya boleh kire leh siap sebuah novel...hahhaha...
ok berbalek pada cerita tadi...
Panggilan yang aku nak buat ialah...."...apanyeh all myfrenz..." kire2...
....taraaaa!!!...."Ibula"!!!!! coz anak2 dah panggil cam gitu...
Itu klu bercerita pasal anakla...klu bercerita pasal my hubby mestila panggilan "abang" ...dan untuk pnggilan aku "ayang" (ni mmg panggilan dier kat aku, tp bkn depan ank2)...hahhah..gediknyer aku..hahha...suka suki akula nak watper kan...aku punye ceritela...sportingla sikit beb!!!! sbenornya Arini aku benar2 happy...ohhhh...happynyer...ha...hah...ha...jangan nak fikir ke lain nyeh..nyeh..hihihi...
Keyla aku nak olah ayat for next entry...for my mom...

Mylook melanda...Duit!!Duit!!..


apa semua org kecoh pasal mylook.com ni?
wahhhh dapat duit!!!!
ramai promote mylook ni kat blog & fb masing2...
x bleh jadi nie... I pun x mau ketinggalan...

Nak duit?? Daftar then jadikan MyLook ni homepage macam Yahoo or Google setiap kali or hari..
Dan dapat lah percent nya..
Easy & Free.. Huhuhu Trylah...

Wednesday, March 31, 2010

Sebuah coretan..


Kenapala semenjak dua nie...
kepala aku teramatla sakit...
pantang terpandang cahaya sikit...
secara automatik...terus sakit kepala
Risonyerla...
Silau aku semakin teruk agaknyer...
Dengan keadaan pejabat...
Keadaan rumah...
Bukan mudah untuk aku pikul...
Seorang isteri, ibu...pekerja...
Tanggungjawabnya terlalu berat untuk aku pikul seorang...
Aku seorang manusia yang kadangkala sukar untuk melangsaikan segala keperluan diri...
dan keperluan hidup...
uhhh...daifnyer aku...


esok...
esok adalah birthday ibuku yang ke - 54 tahun...
tiada apa yang ingin aku hadiahkan...
teruknyer insan yang bernama wan nor hayati...
Namun... tiada hadiah yang boleh dinilai dengan kasih sayangmu ibu...
sehingga kini, kasih sayangmu terhadap anak2mu...
membuatkan aku alpa...
Tiada tandingan dan bandingan...
Uhhh...itula kasih sayang seorang ibu...
sanggup berkorban...
Berkorban apa sahaja...
kasehnyer ibu...membawa ke syurga...
Kasehnyer ayah berkorban nyawa...
kasehnyer saudara... tika berada...
setelah pemergiannyer ayah...
kau mengambil alih tempatnyer...
begitu sukar sekali diawal pengambilan tempat seorang ayah...
bermacam cabaran dan dugaan...
semua kau tempuhinyer dengan redha dan tabah..
bermacam suker dan duker kau tanggung...
begitula yang tercoret di Loh Mohfuz mu Ibu...
Kekadang kau tersungkur juga dengan tohmahan orang...
tapi kau bangun semula...
bangun dari pengalaman yang mendewasakan...
Uhhh...terlalu panjang untuk aku hitung jasamu ibu...
x ternilai sekali...mengandung...melahirkan...membesar...
melahirkan...ibarat berada dihujung nyawa...
semuanya telah aku rasakan kini...Jerih payah menyusun satu kehidupan yang sempurna...

Sudah begitu lumrah kehidupan... berpusing2 mengikut peredaran zaman..
mendidik "anak dahulu" dan "anak sekarang"...
"Anak dahulu" mendengar kata...
"Anak sekarang" begitu advance...


Dingin pagi menyucuk2 setiap inci liang romaku...
begitu salju...membuatkan matakupun turut memainkan peranan...
warggghhh...mengantuknyer (sehingga kedengaran jiran sebelahku...ina)
"oiiiitttt...kuatnyer bunyi!!!.."
hihihi ...besela ina...tido yang panjang malam tadi,
membuatkan mataku x ingin lepas dari menyambung mimpi...
begitu lena aku diulit mimpi yang panjang...
abang melayan anak kesayangannyer haziq ditidurannya...
alhamdulillah haziq dah bertambah sihat...syukur dipanjatkan ke Hadrat Ilahi...
Malam sebelumnya haziq mengalami sakit perut yang kronik...
sehingga mengganggu tidor malamya...
aku x mampu untuk merawat...
aku tinjau juga di kawasan yang sewaktu dengannya...
Tiada apa2 yang menakutkan...sebab dimasa awalan usianyer menjangkau 3 bulan ..
haziq mengalami satu penyakit keturunannya...yang diambil alih dari bapanyer...tanpa rela...
iaitu dalam bahasa yang lebih sedap kedengaran...HERNIA...
yang x berapa sedap didengar ...Angin Mempasang...@ Burut...
Bermacam dugaan yang ku tempuh diawalannyer...
dengan perangai manusia2 yang x memahami...
semua aku telan dengan kemanisan walaupun terselit seribu kejerihan...
Aku ingin jadi insan yang tabah...sesungguhnya aku tidak setabah dan sekuat mana...
tapi aku kena kuat...aku kena kuat hadapi pancaroba dunia...
Itu jalan yang aku pilih...Aku harus teruskan perjalanannya...
pantang berundur sebelum berlawan...

Friday, March 26, 2010

si batang pancing...

Koleksi-Koleksi...gambo yang atas nie baru jer beli...


Uuhhh...Si batang pancing...
uhhh...begitu simbolik tajuk untuk entry kali ini...
Aku musuhmu yang paling ketat...
ei...x suker...x sukernyer aku....
kau adalah maduku...oleh kerana kau adalah musuhku yang paling hampir...
maka aku terlalu membencimu...
kehulu kehilir kau dibawa dan dibelai manja...
chiiitttt...pulanganmu x seberapa...
tp abang sntiasa membelaimu seharian suntuk...
Tanpa mempedulikan insan2 yang sepatutnya menjadi tempat menumpang kasih...
dan harapan...AKU JADI CEMBURU BUTA...
sehingga aku terasa diri ini dipinggirkan...
aku diibaratkan seperti kayu , ranting yang bila2 masa sahaja akan patah...
Rapuhnyer hati ini pabila terasa diri ini tidak diperlukan...waaaaa...
saban waktu...saban minggu...
kau seolah-olah semakin jauh dariku...
Terlalu jauh kurasakan...

tidakkah kau merasa betapa pedih ... pilu...


OHHH...Sibatang pancing...
Tidakkah kau tahu...kau adalah perampas kebahagiaanku...
hahha...apa yang aku melalut nie!!!...
hihihi...ngan sibatang pancingpn aku leh berperasaan...


masih aku ingat ....ketika angin puting beliung aku datang...
kau menyatakan hajat tidak mngena pada tempatnyer...
mmg sukar untuk aku kawal emosiku dikala itu...
dek terlalu memendam perasaan...
Kau memegang erat sibatang pancing...
si batang pancing yang kulihat panjang...seakan mengecil sahaja...
kucuba kawal segala emosi amarahku...
ku ketap gigi melawan segala yang terbuku...
maka di tinta bisu ini aku memuntahkan segala isi hatiku...
aku terlalu memendam perasaan...

Wednesday, March 24, 2010

LaYaN....


Dari sesuatu untuk sesuatu....Hargainya...

Jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat
Di mata kailmu
Hendaklah kamu mengambil Terus ikan itu
Jangan sesekali kamu
Lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu
Dan mungkin ia akan
menderita selagi ia masih Hidup...
begitu juga setelah kamu
memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
Setelah dia mula menyayangimu...
Hendaklah kamu menjaga Hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus
Meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana ia akan terluka oleh
kenangan manis bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya...
selagi dia mengingatimu...
Jika kamu mendah air...biarlah berpadam...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya...

dan janganlah menganggapnya begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu ada membaikinya....
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
begitu juga jika kamu memiliki seseorang...
terimalah seadanya....
usahkah kamu terlalu mengaguminya...
dan janganlah kamu menganggap begitu istimewa...
anggaplah dia manusia biasa...
apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...

aL- kESaH sEbUAH ceRItER haZiQ...

UHHH...BESONYER BOTOL SUSU...ABISKAN!!!!

MUKER YANG SAYU...TP PENUH KELINCAHAN...


OOohhh...Anakku HaziQ....
Mesti Kengkawan Tertanya-tanya kenapa asyik kisah
dina jer yang inginku paparkan...
hihihi...Jangan salah faham...
haziq tetap permata hatiku jua...
smlm...jiwa keibuanku tersentuh...
dengan perilakunya yang ingin dibelai..

sambil aku memanggil namanyer...seperti selalu...
"Haziq...Haziq...kenapa?..ni..."
dengan manja...haziq mendakapku..memanggil ..."Ibu.....Ibu...."
alahai manjanyer anak lelakiku itu...
Ari cuti aritu...abis satu rumah dier conteng ngan colour...
abis berceloreng kat umah...adoyai...kat ruang tamu lak tu...
buatla anakku...nak wat camner...dah mmg susah nak dikawal...
biorla...tggu
dah beso sikit baru ibu cat balik...
wat masa ni...biarkan mereka2 menyonteng ...
mengeluarkan segala idea2 bernas kat dinding tu...
aduyai....x kuasa mak nyah!!!!...
hahha...berbalik pada cerita tadi...
dah berapa malam haziq tido inginkan aku disisinya...
memanggil2 aku diwaktu kebeningan malam yang sunyi...
inginkan susu...dan tangan aku mesti ada melekap di badannyer...
yang peliknya setiap kali terlepas dari dakapannya...
sudah pasti dier akan terjaga...

huh!!!...aura seorang ibu...cukup kuat...
semalam...haziq bangun awal...
melihat kakaknyer memasukkan beg kedalam kete...
dierpun sibuk2 mengangkat begnya...
Alahai kesiannyer aku tengok ...
Nak x nak aku kena bawak jgk...
aku bukan x nak hantar kerumah opahnyer...
ada bibit2 kerisauan...
takut mganggu tido opahnyer yang sedang enak dibuai mimpi yang panjang...
di pagi hari...hihihii...kengkawan2 yang memahami...
faham2 sendiri sudah ler...hihihi...

Aku masih ingat lagi...pada hari isnin (22/03/2010) baru2 ini..
aku tinggalkan haziq bersama ayahnyer...

seperti kebiasaan ayahnyer yg akan membawa haziq ker rumah opah...
pada hari tu aku terpaksa ambik cuti ,
sebab anak kakak ipar demam, plus sakit gigi...
aku seperti biasa jugakla...seperti hari2 aku terpaksa menemani dina kesekolah..
aku akan tggu sehingga habis waktu persekolahan...
agak mustahilla aku nak balik kerumah...
kerana perjalanan utk smpai kerumah mngambil masa yg agak lama...
dan terpaksa pulak pergi balik....
jadi niat nie x pernah singgah di kotak fikiran...
bila dihitung masa + wang ringgit + minyak....
uhhhh...
x payahla berangan...
buang masa!!!!...

selepas mengambil dina,
akupn memulakan perjalanan utk pulang kerumah...
sesampainyer dirumah aku dapati....
pintu pagar x bermangga..
seperti waktu peninggalan aku pai tadi...
aku lihat lagi...ada motor..fuhhhhh!!!! berangin aku...
dalam ati aku apa lagi!!!..." dah tahu nak cuti bukannyer nak bagi tau..."
" x payahla aku nak ambik EL (Emergency Leave)...
x la susah aku nak mencipta dan mereka ayat utk dipersembahkan pada pegawai aku..argggghhhh....
sabo yatie...sabo...cntrol beb...
aku buka pintu..nak tau tak apa yang terjadi!!!!...
dengan keadaan bilik yang x berkemas...
arggghhhhh!!!!! TENSION..!!!!!!...
Wajah anak lelaki aku "Haziq" yang kusut...
x mandi dari pagi...
dapat ku kesan dari pakaiannyer yang aku pakai sebelum tido malamnya...
Atiku mula membuak kepanasan...
dhla tension td x ilang...
melihatkan anakku yang x mandi...
mmbuatkan atiku mendidih...
Cian btoi anak ibu...
mulala syaitan datang tanpa ku pinta...
sentiasa mencari kelemahan mangsanya...
akupun mula berfikir dalam kepanasan yang masih berbaki...
"macammanala anak ibu sekiranya...
ibu tiada lagi di dunia ini...
Siapa yang nak melihat mereka..." sayu tetiba mendatang...
Nak harapkan kluarga dipihak suamiku...entahla...
Aku x mharap belas mereka...
cukupla simbahan luka yang mereka curah padaku...
Tetapku simpan menjadi azimat dihari mendatang...

melihatkan keadaan anakku haziq...difikiranku...
mesti anakku kelaparan...akupun memulakan operasi memasak..
selesai siap memasak...akupun menyuapnyer makan...
Ya Allah ...lapor anak aku nie...sedih datang lagi...


Ya...Allah tabahkan hati hambamu ini...yang serba kekurangan...
yang serba kedaifan... Jauhkanla aku dari bersifat busuk ati...sakit ati..
yang akan memusnahkan diriku... tabahkan hati hambamu ini menerima segala dugaan ini...

buat anakku haziq...inilah coretan ibu tatkala kau berusia 2 tahun...opsss...
1 tahun 10 bulan 2 minggu 1 hari...

yezaaaa... 1 bulan 1 minggu lebih lagi...untuk preparation birthday anakku...hihih...

BuAng MaSa SEkeJaP..


Aku Minta pada tuhan setangkai bunga segar,
Ia beri kaktus berduri...
Aku minta kupu-kupu, diberinya ulat berbulu...

Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian...
Kaktus itu berbunga cukup indah sekali ...
dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantek....
itulah jalan Tuhan,
Indah pada masanya....

Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan...
Tapi dia memberi apa yang kita perlukan...

Kadangkala kita sedih... kecewa dan terluka...
Tapi jauh diatas segalanya iaNya sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...

Tuesday, March 23, 2010

Coretanku...

arini terlalu banyak yang ingin aku ceritakan untuk entry kali ni...
macam2 nk aku luahkan...sedih...terkilan...sayang...
seringkali itu yang kerap menjamu dan menjadi santapan dalam episode kebahagiaan milik aku...
terlalu sukar untuk aku luahkan pada manusia2...
biarla aku simpan di tinta bisu ini...
semoga menjadi penawar kepedihan hatiku ini...
Ohhh...Sukar untuk dimegertikan...kepayahan...

Tajuk yang terdapat di Mingguan Wanita minggu ini,
begitu mencuit rasa hati aku kali ini...
yang bertajuk SUAMI GILA HOBI SANGGUP KETEPIKAN ISTERI...
"Hobi pasangan kalau dikongsi bersama boleh mengeratkan
hubungan namun kalau sudah terlampau meminatinya,
tidak mustahil boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Apa tidaknya kalau asyik dengan hobinya sahaja..
sudah pasti ada yang terasa diri diabaikan...
Hobi sang suami yang ibarat cinta kedua menyebabkan anak dan isteri diketepikan..."

Abang...kekadang aku terkeliru dalam meneroka bahtera kebahagiaan...
kekadang Perubahanmu itu, menjadikan aku bingung...
tertanya pada diri sendiri...
dan akhirnya diriku yang menjawab segala persoalanku...
Sudah pudarkah sinar kasih sayangmu terhadapku..
Sudah lenyapkah rindu2 yang bersulam bibit2 cinta di matamu...
Arghhh...Permainan hati...Terlalu simbolik...pergi!!! Pergi!!!..aku x suker kau mganggu hidupku...

Abang... Mungkin tuntutan kejemu yang saban hari menuntut sedikit kesabaran dari ku..
Aku tahu...sudah tuntutan kerjamu begitu...
tambahan pula kau tpaksa mgajar org baru...
yang x tau apa2..bekerja dibawahmu...
dimana kau terpaksa melakukan sndiri keje yang sepatutnya mereka lakukan...
kerana ia msti mengambil masa yang agak lama untuk mereka menyesuaikan diri...
sehingga malam menyengah tiber baru ko smpai kerumah...
hati isteri mana yang bisa teguh pendiriannya..
melihat perubahan sikap sang suami..
terlalu berbeda dari seblumnya...
kekadang aku memberontak dalam diam...
Arghhh...ya Allah ya tuhanku...jauhkanla dari perasaan2 halus yang mengusik jiwa ini...
jauhkanla aku daripada prasangka buruk...
uhhh...oh...tuhan...aku x sanggup bermain dengan permainan jiwa ini...
mmbuatkan hatiku sayu...sepi...x keruan...
abang...kenapa? Adakah kau terlalu bosan dgn karenahku dan anak2...
Ohhh...anak2..kaula pelengkap kebahagiaan ibu...
pengisi setiap ruang2 kosongku...
menyemarakkan lagi keriuhan sepiku...
namun...menuntut sedikit kesabaran...
dalam menjalani hari2 yang begitu sukar...
dengan perangai kalian yang sentiasa mencabar kewibawaan ibu...

Sunday, March 21, 2010

Haziqqqq....





Inila Dina...


Baru nak pndai jalan...





yang akhir sekali nie...maseh baby...x pndai jln lagi...








CoREtAn HuJunG MinGGu...



selama 2 hari aku berada dirumah...waaaaa...
x kemana2pn...buhsan btoi..arini aktiviti aku adalah..
tido..tido...tido...hahahha...


Ikutkan pada planning mggu nie...mmg banyak..
berderet2 nak kena hadirkan diri kemajlis kenduri...
semuanyer menghampakan...nak hubungi kengkawanpn x dapat...
handpond yang baru beli x smpai 2 bulan,
dh kena hantar surgery...geram btoila...
bek beli yang lowker jer..ralat btoila...
handpond tu x pernah jatuhpun...opssss...ada sekali jatuh!!!
kawan tu x sngaja terjatuhkan...
inikan pulak kena masuk air..
mmg dijaga penuh hormat...
Anak2 pn mmg dilarang keras mnyentuh...wakakak...
kejam btoi aku nieee....hahahha...bukan beli ngan air liur...
Perjanjian ngan mek ton!!!! ahhahaha...mesti dier marah esok nie...
Sorry mek ton... x disengajakan... nak cntactpn sosah...
nak masuk simcardpn x tau nak masuk kat hndpond mana?..(Hanpond xde)
Ain dah pi keje...Fuuuuhhhh....mesti kena tahan telingala aku esok nihhh...
sabola YATIE...semuayer dugaan yang perlu kau tempuhi...


x banyak cerita nak aku tulis untuk entry arini...
apa yang pasti, esok aku kena cuti,
sebab esok aku kena bawak anak pi sekolah,
dan kena tggu smpai waktu persekolahan tamat..
esok xde saper nak ambik kak long...
mak long x dapat pi keje...
sebb abg long demam..
plus gigi sakit....
fuhhh.... Jenuh nak kena terangkan kat Kak Long...
Jenuh kena bodek!!!!


Kat opahla yang teruk sekali...sebab kena lunas kan janjinyer..
"Opah dah beli basikal dina Ke?" hahaha...
Anak aku yang sulong nie mmg macam nie...
permintaannyer x pernah aku tolak...
Sentiasa dipenuhi...tu yang dier naik lomak tu...
mmg start dari dier pandai bercakap...smpai la disaat ini...
hahahha...itula aku...terlalu lemah dengan anak aku sorang nie...


Saturday, March 20, 2010

koleksi Haziq jgak...

hihihi...adek nak jgk masuk gambo beg adek dalam bog ibu...
macam kak long dina...hihihi...

koleksi beg skolah dina...

yang atas sekali nie...yg paling latest...
nak tarik2 kunun...
koleksi sejak berumur 1 tahun...


Disamping begnyer...opsss...yang biru adek dier punyer...x prasan leh masuk sekali...
ini dier koleksi beg dina...fuh...kalah ibu punye dulu ...
masa kecik2...zaman dah berubah...







keje...keje sekolah...tp x siap jgk...byok main jer...

Cepat siapkan keje sekolah!!!! Asyik ingat nak main jer...


















persekolahan dina..










Dina Debab..






Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails