entry nie sebenornya aku nak publish semalam...
tp...terhalang dek minda yang x berfungsi untuk menitip bait2 kata..
so arini baru nak mulakan operasi mengolah ayat...
Ohhh...Ibuku..Jasamu x ternilai dengan jutaan ringgit... mengandung.. melahirkan.. menyusukan... membesarkan... Ahhh... sungguh...x terhitung sekali...
Kasihnya Ibu
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
Terbayang diruang mata lagu yang disampaikan oleh Datuk Sharipah Aini ni..
begitu agung kasihmu ibu...
Dalam Tanzil-Nya yang mulia, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangtuamu dan hanya kepada-Kulah kembalimu.“ (Luqman: 14)
Pengorbanan dan kasih sayang seorang wanita yg lebih dikenali sbg IBU sukar dinilai dgn wang ringgit atau material.Kesulitan ketika hamil,kepayahan melahirkan dan cabaran membesarkan anak2 mereka semua tidak pernah diungkit tatkala kasih sayang ibu itu sendiri telah mengatasi segalanya.bagi IBU,biarpun anak2 mereka hodoh dan tidak sempurna di mata masyarakat, tetapi bg IBU,anak2 merupakan anugerah Allah yg paling bernilai,indah dan cantik.tiada ibu akan mengatakan anak2 mereka tidak sempurna melainkan dr mata masyarakat itu sendiri.segala penderitaan dan kesengsaraan sanggup dipikul oleh wanita yg bernama IBU dgn tabah dan sabar tanpa keluh dan kesal.IBU sanggup menggadaikan nyawa,harta dan wang ringgit demi untuk permata hati mereka yg lebih bernilai dr segalanya.hari IBU disambut setiap tahun pd bulan Mei,tetapi cukupkah sekadar menyambutnya sekali dlm setahun? memadaikah jasa dan pengorbanan seorang ibu hanya dikenang dan dihayati dgn menyambut hari IBU? A big no! sikap sebegini akan mnjadi budaya sekali dlm setahun,tetapi bkn sepanjang hayat.IBU mengandungkan,melahirkan,menyusukan dan mengasuh anak2 selaras dgn firman Allah:Maha suci Allah yang telah menciptakan para ibu yang menjadi sebab bagi kewujudan kita di alam maya ini. Lahir sahaja kita ke dunia, ibu akan menjaga dan membesarkan kita dengan sepenuh jiwa, sepenuh keprihatinan. Selepas sembilan bulan sepuluh hari menanggung kepayahan dan keletihan yang menagih tidak sedikit kesabaran, ibu tega berhadapan dengan segala kerenah dan dugaan lewat membesar dan mendidik anaknya.
Segala kepayahan itu Allah jelaskan di dalam al-Quran dalam firman-Nya: “Ibunya mengandungnya dengan penuh susah payah dan melahirkannya juga dengan penuh susah payah.” (Al-Ahqaf: 15) Firman Allah lagi: “Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.” (Luqman: 14)
Pun begitu, naluri dan fitrah seorang ibu sejati tidak pernah merungut itu dan ini terhadap penderitaan yang dilaluinya itu. Jiwa penyayang yang dikurniakan Allah kepada para ibu itu telah menjadikan mereka tabah serta tahan menanggung kesakitan dan kepayahan. Lebih dari itu, mereka mampu melaksanakan tugas-tugas keibuan yang diamanahkan kepada mereka.
Namun tidak dinafikan, tekanan hidup hari ini telah menyebabkan ramai ibu yang luntur naluri keibuannya. Malah naluri keibuan ini semakin hilang dari ibu-ibu muslim sendiri, sedangkan Islam paling terkehadapan dalam mengiktiraf dan mengangkat martabat seorang ibu selain punyai kaedah paling berkesan menyubur dan mempercambahkan naluri suci tersebut.
Islam menegaskan bahawa tugas keibuan bukan sekadar mengandung, melahirkan anak, menyusu serta mengasuh anak kerana rutin dan pengalaman sedemikian juga dilalui dan dikongsi bersama oleh ibu-ibu di seluruh dunia tidak kira apa bangsa dan agamanya.
Tugas-tugas keibuan di dalam Islam merangkumi:
1. Mendidik
Inilah perbezaan utama antara ibu-ibu yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan ibu-ibu yang tidak beriman. Di sinilah peranan asasnya dan di sinilah kesejatiannya seorang ibu. Ibu yang bersifat pendidik akan mula mendidik anak-anaknya sedari dalam kandungan lagi hatta sampai anak sudah berumah tangga sekalipun. Kerana itu banyak penulis menyifatkan ibu sebegini sebagai ‘guru jagat’.
Tugas mendidik ini termasuklah berganding bahu bersama suami mencorak anak-anak mengikut acuan Islam yang murni.
Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak ada seorang bayi yang lahir melainkan ia lahir di dalam keadaan fitrah. Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
adab, memberi kata-kata semangat, memberi pujian, menunjukkan contoh teladan, bercerita, berehlah, beriadhah, bernasyid, bersajak dan bersyair, memberi hadiah, hukuman dan banyak lagi.Walaupun kita mengharapkan guru-guru memberi didikan kepada anak-anak di sekolah manakala di rumah kita mengharapkan pembantu rumah menjaga mereka namun jangan sekali-kali kita berlepas tangan dalam soal pendidikan, khasnya pendidikan agama dan akhlak. Kita tidak boleh menjadi ibu atau bapa sambilan kepada anak-anak kita.
Seandainya ibu-ibu Islam tidak sabar mendidik anak-anak dan tidak memainkan peranan yang sebenar dalam membentuk dan mencorak anak-anak, kesannya akan dapat dilihat di dunia lagi sebelum kesan ‘jangka panjang’ di akhirat. Amat malanglah ibu bapa yang sudahlah di dunia bersusah payah memelihara dan membesarkan anak-anaknya, di akhirat pula terpaksa dipertanggungjawabkan kerana kelalaian mendidik dengan sempurna.
Justeru Allah berfirman: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…”
(At-Tahrim: 6)2. Menunjukkan contoh teladan
Penulis terkenal, Maryam Jameelah (1934) menukilkan:“Pengaruh yang paling baik yang dapat diberikan oleh seorang ibu kepada anak-anaknya yang sedang membesar ialah dengan menjadi contoh yang baik kepada mereka. Ibu yang rajin mengurus kerja-kerja rumah, menjaga, mengawasi dan mendisiplinkan anak-anaknya dan membuat kerja-kerja lain, menyediakan suasana keislaman yang sihat kepada anak-anak kecil yang dapat menolong mengikis pengaruh-pengaruh yang tidak diingini yang begitu banyak yang akan dihadapi apabila ia besar kelak.”
3. Mengurus anak-anak
Sekiranya anak-anak diurus dengan baik, insya-Allah mereka akan menjadi orang yang berhemah tinggi dan berketrampilan bilamana meningkat dewasa nanti. Antara pengurusan yang paling penting diterapkan pada anak-anak ialah pengurusan masa, pengurusan diri, kebersihan dan lain-lain lagi. Juga menguruskan dan merawat anak-anak yang sakit.Dalam mengurus anak-anak, ibu yang beriman akan memastikan anak-anak mendapat keperluan hidup sesempurna mungkin.
4. Mendoakan anak-anak
Antara doa yang mustajab itu ialah doa seorang ibu kepada anak-anaknya. Ibu yang sejati tidak akan melepaskan peluang ini untuk mendoakan kebaikan anak-anaknya. Bukannya memaki-hamun dan mendoakan kecelakaan. Mendoakan anak-anak ini adalah tugas keibuan ‘tidak rasmi’ yang telah diamalkan oleh ibu-ibu solehah sejak zaman-berzaman.
5. Meredhai anak-anak
Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan ibu bapa dan Rasulullah s.a.w. menekankan bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Oleh itu amat penting seorang ibu meredhai anaknya demi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya mesti dapat mengatasi dan jauh melebihi kemarahannya.
Maksudnya:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungnya dgn menanggung susah payah dan telah melahirkan dgn susah payah."
[ petikan dr surah Al-Ahqaaf ]
Begitu juga pepatah Melayu ada mengatakan bahawa,"seorang ibu mampu menjaga 10 org ank,ttp 10 org ank tidak mampu mnjaga seorang ibu." inilah senario yg berlaku sekarang tidak mengira tempat dan kaum.betapa luluh dan pedihnya hati seorang ibu apabila memikirkan diri mereka kian terpinggir oleh berlian yg dikilaukan oleh mereka sendiri.kini,akhbar banyak mempamerkan berita berkaitan penderaan yg dialami seorang IBU oleh anak kandung sendiri.Ibu dipukul,didera,dipinggirkan dan yg paling memilukan,nyawa Ibu tamat ditangan anak mereka sendiri,anak yg dikandung selama 9 bulan 10 hr.Subhanallah..adakah ini salah satu petanda kpd dunia akhir zaman?
Ingin aku ceritakan pengalamanku.Ibu selalu berpesan," belajarlah bersungguh-sungguh.ambil segala peluang yg tak pernah mak dpt ketika seusia kamu.mak akan mati bila-bila masa shj.sebelum mak mati,mak ingin lihat kamu berjaya dunia dan akhirat.jgn lupa solat dan cukupkan rukun Islam.jadilah seorang isteri yg patuh kpd suami dan jadilah seorang ibu yg soleh supaya dpt membimbing anak2."
Aku merupakan isteri kpd suamiku (A.Rahim bin Salleh),dan Ibu kpd anak2 ku (Nur Irdina Batrisya binti A. Rahim)&(Muhammad Harith Haziq) "PERMATA HATI IBU".harapan aku seperti ibu,ingin menjadi isteri yg dicintai oleh suami,dan ingin melihat kejayaan anak2 ku.amin..
Tiada apa yg dpt diungkapkan~kpd semua Ibu diseluruh dunia,kasihmu akan ku kenang sepanjang hayat..
hApPY bIRTHdAY uNTUk iBUku...SiTI rOhAnI bIntI sYEd yUsOff.. yANg kE-54 tAhUN..
No comments:
Post a Comment