Followers

SToRY BeSt IbU..

Thursday, April 22, 2010

Dah masuk angka 30..


huhuhu...baru terang sikit...
dapat mug dan hamper...
inila hamper dan nombor bertuah ibu...
cayang yang menulis di kertas cabutan bertuah tadi...
Penat menunggu kawan yang x datang jugakkk.....



Hihihi... (Sambil tersenyum...cenyum...)
Alahai dah masuk ker angka 30 ni... mcm2 suker duker yang telah ibu tempuhi... Dan bersyukur ibu pada yang maha esa di atas nikmat kurniaan dari-Nya pada ibu sehingga ke saat ini ibu maseh diberi waktu dan kesempatan untuk melakar kehidupan untuk hari dan hari2 mendatang dengan berbekalkan segala amanat dan amanah dari-Nya..

Pada kengkawan yang pernah mengenali diri Ibu, ibu pohonkan kemaafan andainya ada perkara atau perbuatan yang bisa mengugat emosi mahupun perasaan kerana ibu hanya manusia biasa yang kekadang terlalu beremosi...Terasa emosi marah dan kecewa keluar menguasai diri pabila wujud perasaan syak wasangka dalam diri ibu dan syaitan2 yang sentiasa berkeliaran mencari mangsa.

Walaubagaimanapun arini ibu sungguh gumbira... kerana anak2 ibu sungguh baik ati... nanes2 dah kurang...yang lebih mengembirakan ibu, birthday ibu yang ke-30 tahun ni... anak ibu yang petah bercakap tu (Dina-yang berumur 4 tahun) telah mengalunkan irama cukup syahdu di pagi hari...
"Happy Birthday Ibu.... Happy Birthday Ibu...Happy Birthday...Happy Birthday...Happy Birthday Ibu... Ucapan terima kaseh yang x terhingga ibu hulurkan diatas peringatan dan maklum balas dari anak2 ibu.. Alhamdulillah Anak2 ibu mmg bijak sekali... Terima kaseh... ya Allah kerana mengurniakan hamba mu ini anak2 yang bijak dan mendengar kata Insyaallah "amanah" ini akan hambamu pegang dan menjadi azimat dengan penuh kesyukuran... Sebagai pemegang amanah dari-Nya dan kerana naluri keibuan yang telah sebati dalam diri ibu setelah disahkan identiti sebagai ibu... Akan ibu menjaga dan mendidik dengan sebaik2nya selagi nyawa dikandung badan... kekadang ketika menonton siaran berita, di kaca televisyen, hati diruntun pilu, sedih dan sebak apabila melihat anak-anak kecil yang terkena serpihan bom akibat peperangan. Dipertontonkan juga kezaliman tentera yang menunjukkan belang dan kepandaian/kepakaran mereka dalam urusan tembak menembak tanpa mengira usia hinggakan kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa keadaan... banyak forum-forum yang menjadikan kes ini sebagai tajuk utama, banyak juga pandangan yang dilontarkan namun apa yang dapat ibu perhatikan adalah tiada solusi yang konkrit kerana ia menjadi medan tunding menuding... salah menyalahi tidak membawa ke mana dan kes buang bayi yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.. Adalah lebih baik jika kita semua berhenti menuding jari lalu mencari penyelesaian yang membawa kepada kebaikan kepada semua pihak. Kita sering terlupa mengapakah kita perlu mendidik anak, adakah kita mendidik mereka adalah kerana semata-mata anak itu anak kita atau kita mendidiknya kerana kasih sayang atau kita mendidiknya dengan harapan mereka dapat membantu kita dikemudian hari?. Satu sikap manusia yang tidak dapat dielakkan adalah meminta balasan. Biar siapapun mereka, setiap tindakan, setiap perbuatan pasti ada imbalannya yang diinginkan samaada dinyatakan secara nyata mahupun tidak. Disinilah antara awal kehancuran masa depan anak-anak yang kita didik kerana kita terlalu mengharapkan balasan dari mereka, sekurang-kurangnya apabila mereka dewasa nanti dapatlah mereka menjaga hari tua kita... Kita lupa yang kita bukanlah pemilik mutlak anak-anak kita, kita hanyalah pemegang amanah. Justeru bagaimana pula kita mampu meminta balasan dari barang yang diamanahkan kepada kita... Bukankah lebih baik kita meminta balasannya dari Pemberi amanah kerana nescaya balasan-Nya pasti tidak akan mengecewakan... wah!!! klu bab anak2 ni mmg ibu suker nak bercakap panjang..hihihi...kengkawan ibu dangan anak2 ibu jangan poning2 nyeh... tula biler di pikir balik btoi jgk apa yang dikatakan orang...perangai dina mmg sebijik kena kat batang idung ibu...waaa... banyok cakap...

Kengkawan dan anak2 ibu nak tau tak arini adalah hari yang paling bahagia untuk ibu... rasa cukup lengkap kebahagian diri ibu wat masa ini... disatukan dengan sang suami yang bernama
A. Rahim bin Salleh sejak 6 tahun yang lalu dikurniakan sepasang cahaya mata yang cukup sempurna.. dan ibu menyayangi mereka... seorang ibu dan adik yang sanggup bersusah payah tak kire masa... masa berada ataupun sukar... Ibu sayang mereka semua... mereka adalah harta ibu dunia akhirat... x setanding dengan harta dunia yang bakal ditinggalkan... seorang abang walaupun kekadang ketidak puasan sering bertakhta dalam diri, namun mereka ada darah dagingku sendiri... semangatku...kekuatanku... tanpa mereka mungkinkah ibukan berada ditahap begini...
Dan arini ibu nak kongsi kegembiraan ibu dengan kengkawan dan anak2 ibu dan semua yang ibu sayang... hihihi...nak tau ker? hihihi... setiap tahun mesti ada mesyuarat PACSU. Dan waktu tu la semua daerah akan turun... Ibu gembira sangat... sungguh x terkata... seorang kakak yang sebelum ini ibu anggap sudah menyepikan diri dari pandangan ibu, menegur ibu... ibu ingatkan kakak tu dah x mau tegor ibu... ini mungkin gara2 ibu terlepas kata mengenai status dirinya yang masih membujang sehingga kini...Ini mungkin soalan panas bagi nyer yang maseh belum ketemu pujaan ati... sowey kakakku sayang... Ibu cikitpun x terniat nak myinggung perasaanmu... dan acara kemuncak dari senarai agenda di mesyuarat tersebut adalah cabutan nombor bertuah!!!... Yahooo.... kali ni mungkin kerana hari ibu dianggap bertuah kerana banyok sebab...sebab pertama dah tentula arini hari lahir ibu... yang kedua penulisan dari adik "lain mak lain apok" telah suker rela menulis di kertas cabutan bertuah tu (kire tangan bertuah tu)... mekaseh dek... cayang ucuk...hihihihi... dan yang ketiga mungkin ... dot...dot... So.. nombor 149 adalah no bertuah ibu!!!! ... satu hari dalam sejarah ibu dapat hamper mase mesyuarat PACSU... Kayla ibu nak balek dah... x bleh nak bercorat-coret pepanjang... nak sambung kat umah internet x boleh berfungsi... adoiii... bilerla TM nie nak wat service nie... hihihi...baru jer report tadi...

1 comment:

Dian said...

mana gmbr hadiah dr C dia?nk tgk gaks!


Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails