Kata Orang dunia ini ibarat roda kadang di atas kadang dibawah. Apabila dibawah wajah kita mencuka penuh dengan keluh kesah menjadi teman. Apabila diatas, bibir tersenyum biarpun kadang hati resah gelisah. Lumrahnya hidup tidak akan ada manusia yang sentiasa duduk di atas dan tidak ada pula manusia yang sentiasa di bawah. Sudah namanya perjalanan hidup, perubahan demi perubahan pasti berlaku cuma yang membezakannya adakah perubahan itu membawa kita ke bawah atau membuatkan kita dapat memandang ke bawah. Mungkin kita tertanya-tanya apakah perubahan yang ada jika sudah bertahun kita duduk di bawah?
Kita boleh membaca sebanyak mungkin buku untuk mencari cara membuatkan perubahan tetapi persoalannya mengapa kita masih tidak mampu berubah walaupun sudah banyak usaha dilakukan atau sudah banyak seminar dilalui atau mungkin juga berpuluh buku motivasi sudah kita baca dan fahami.
Satu tindakan yang betul telah dibuat apabila kita berusaha mencari ilmu untuk berubah, satu langkah awal yang tepat kerana tanpa ilmu kita juga tidak mampu berubah. Mari kita renungkan bersama mengapa kita masih juga tidak berubah? Adakah kerana kita belum cukup motivasi atau kita masih tercari-cari?...
Pastinyer jiwa kita lebih tenang dari semalam apatah lagi jika dibandingkan hal-hal duniawi yang terlalu kecil nilainya. Namun jika perasaan kita masih sama terhadap Allah S.W.T yang amat mencintai kita, bodohlah kita kerna menjadi orang-orang yang rugi. Bodohlah kita kerana tidak mahu memperbaiki hubungan dengan yang Maha Agung, Maha penyayang lagi mengampuni. Apatah lagi jika kita rupanya lebih teruk dari semalam, tidak salah untuk mengatakan jika ini berlaku kita bukan sahaja bodoh tetapi tolol kerana kita menjadi orang yang memilih kecelakaan dari kebahagian. Mari kita sama-sama mengambil sati langkah awal dalam mengubah kehidupan dengan mengubah perasaan kita terhadap Allah S.W.T. Jika pernah kita tergolong dalam dua golongan terakhir, janganlah risau kerana Allah S.W.T maha pengampun. "Sesungguhnya Allah S.W.T amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan mereka yang membersihkan diri" (Al-Baqarah ayat 222).
Jika kita merasakan diri kita kotor, tiada siapa yang dapat membersihkannya kecuali Allah S.W.T. Kita hanya perlu datang kepadaNya tanpa ragu. Jangan difikirkan akan kekotoran diri kerana jika begitu fikirannya maka tiada siapa yang layak untuk mendekati Allah S.W.T kerana sebagai manusia biasa kita sememangnya penuh lumpur... Huhuhuu...
No comments:
Post a Comment