Followers

SToRY BeSt IbU..

Friday, June 4, 2010

SUSUK

Definasi Susuk

SUSUK ialah memasukkan sesuatu benda ke dalam tubuh dengan cara tertentu untuk tujuan tertentu. Biasanya susuk dipasang untuk tujuan kecantikan, kekuatan, awet muda dan penunduk. Pemakaian susuk biasanya melibatkan campur tangan jin yang dipuja  bagi menjaga kawasan anggota yang dipakai susuk, Susuk dipakai pada muka bagi tujuan tarikan kecantikan pada pinggang, betis, alat-alat sulit bagi tujuan kecantikan. Ianya dipasang oleh bomoh-bomoh tertentu menggunakan alat-alat yang tertentu.  Biasanya sebelum memasukkan susuk, bomoh-bomoh akan melakukan pemujaan-pemujaan terhadap jin. Susuk yang dimasukkan ke dalam tubuh itu biasanya terdiri daripada logam seperti perak, berlian, besi, suasa, tembaga dan sebagainya.


Orang yang memakai susuk akan memiliki wajah yang cantik yang luar biasa, kekuatan yang luar biasa dan umur yang sentiasa muda.
Pemakaian susuk amat seksa dan menyakitkan pemakai ketika ianya dipakai dan selepas dipakaikan berminggu-minggu lamanya si pemakai bekurung di dalam rumah akibat kesan daripada pemakaian itu seperti mengalami bengkak-bengkak, gatal-gatal dan sebagainya.
Setiap susuk yang di pasang biasanya dikenakan bayaran tertentu dan harga bayarannya boleh mencecah ke puluhan ribu ringgit.
Semakin lama umur susuk di dalam badan seseorang semakin kuat pemakainya, semakin tua si pemakainya maka semakin cantik wajahnya dan semakin kuat kudratnya.
Keanggunan wajah orang yang memakai susuk ini sungguh menakjubkan serta kejelitaannya boleh memukau sesiapa sahaja yang melihat wajahnya.
Amalan memakai susuk ini diamalkan oleh orang-orang jahiliah dan sejarah susuk ini bermula dari zaman Firaun di mana seorang tua yang berumur ratusan tahun kelihatan muda seperti umur belasan tahun kerana susuk yang dipakainya.

1 comment:

Zaidah said...

alangkah seksanyer orang yang memakai susuk....kerana banyak pantang larangnyer n berdosa besar...


Free Chip Walking ani MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
Related Posts with Thumbnails