Berita-berita tentang kes pembuangan bayi dan kes penderaan anak-anak yang semakin meningkat saban tahun menunjukkan kasih sayang wanita kini semakin terhakis.
Malah kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan kemudian dibakar di dalam tong sampah, dibuang dalam longkang baru-baru ini, benar-benar meruntun jiwa. Tidak terkecuali kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan, Syafiah Humairah Sahari benar-benar mengejutkan. Saban tahun, jumlah penceraian semakin meningkat seolah-olah wanita kini tidak kisah jika kehilangan kasih sayang suami mahu pun anak-anak, suatu yang sukar untuk diterima kerana kaum wanita memang terkenal dengan sifat kasih sayang. Kejar material dan keseronokan Menurut Ida Hartina Ahmed Tharbe, kaunselor berdaftar/pensyarah, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, secara amnya wanita dikaitkan dengan naluri yang lebih sensitif dan penyayang. Malah katanya lagi tindakan luar kawalan seorang wanita itu berkait rapat dengan keadaan tertentu.
“Banyak faktor yang mendorong kejadiankejadian yang di luar jangkaan itu berlaku antaranya, faktor didikan agama yang semakin lemah dan berkurangan dalam institusi keluarga. Di samping itu juga ada di kalangan mereka yang tidak tahu dosa pahala sekiranya sudah mengandung luar nikah lalu mengambil jalan mudah sama ada menggugurkan bayi atau membuang bayi setelah dilahirkan. Pihak lelaki juga tidak bertanggungjawab, wanita tidak upaya hadapi sendiri. Dari segi agama, syurga di bawah telapak kaki ibu namun ibu moden tidak lagi menganggap tanggungjawab sebagai ibu sesuatu yang mulia sebaliknya sebagai bebanan kepada kehidupan peribadi dan halangan kepada kepuasan kendiri. Di samping itu juga matlamat sebagai isteri dan ibu juga semakin pudar.
Faktor kedua pula ialah sikap individu yang lebih mengejar material dan keseronokan dalam kehidupan. Sebab itulah terjadinya keskes seperti membuang bayi dan tidak pandai mengambil peluang berkasih sayang dengan pasangan serta memandang remeh hal rumahtangga dan lebih mementingkan kerjaya. Namun bukan wanita sahaja yang mengalami masalah pudarnya kasih sayang, lelaki juga menyumbang kepada fenomena ini. Wanita tidak akan dapat pikul tanggungjawab sendirian. Mereka memerlukan sokongan suami dalam mengatur kehidupan lebih bermakna. Masyarakat melihat seolah-olah kasih wanita semakin pudar kerana selama ini wanita sepatutnya lebih menyerlah dalam halhal sebegini.
Bagi mengatasi masalah ini, cuba tingkatkan kefahaman agama. Akar umbi perlu lebih kukuh. Selain itu sistem sokongan perlu dimantapkan agar dapat membantu mereka yang terlibat. Jangan sekadar membuat tanggapan sinis namun masyarakat perlu membantu golongan wanita yang mengalami masalah stres, keruntuhan rumah tangga, ibu hamil luar nikah dan sebagainya. Pada pendapat saya, golongan ini perlu mendapat khidmat kaunseling yang lebih efisien supaya mereka mendapat sokongan mantap dari segi psikologi. Wanita perlu sedar peranan dalam memajukan ummah. Sekiranya semua tahu tanggungjawab masing-masing maka akan lebih mudah untuk menyemarakkan kasih sayang.
Kembali kepada ajaran agamaMenurut Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman, Eksekutif Dakwah, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, berkemungkinan segala-gala yang berlaku adalah akibat kejahilan seseorang wanita tentang tanggungjawab mereka atau mungkin juga disebabkan oleh perbuatan yang tidak baik. “Natijah daripada perbuatan tidak baik ini akhirnya akan menjadi kebiasaan dalam diri mereka. Apa yang berlaku kini boleh dikatakan ibarat satu barah jahiliah di zaman moden. Kita juga dapat melihat merebaknya kes ini ibarat mengikut musim. Ada masanya kes ini banyak berlaku dan ada kalanya tidak. Kes itu akan menjadi tumpuan ramai jika ia telah diberi perhatian utama oleh masyarakat.
“Kita tahu pada zaman jahiliah ramai anak kecil yang mati dibunuh. Malah ada ayat dalam al-Quran yang menceritakan kekejaman tersebut dan betapa Allah S.W.T mengecam terhadap pembunuhan tersebut. Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada perbuatan masyarakat jahiliah. Jangan pula kita mengikut perangai mereka,” ujarnya. Punca lain rasa kasih sayang seorang wanita makin pudar adalah kerana kemunduran akidah dalam diri seseorang itu. “Akibat pegangan agama yang tidak kuat, maka mudahlah berlakunya gejala-gejala social yang tidak diingini. Apabila masalah social semakin meningkat sekali gus ia akan merebak kepada kemunculan masalah-masalah lain.

1 comment:
ina sakit ati baca artikel bdk 2 thn yg kene tggl kat kedai tu.. sayu hati ni.. tringat anak kat umh.. sedih tgk muda budak yg nak kenal erti kasih syg mak bapak 2.. smoga allah merahmati beliau & diturunkan bala pd mak bapak dia yg x brtggungjwb 2..
Post a Comment