Hiiihihih... dah terlanjur bercerite... Ibu terus melayari Mr. blogger kat PC ibu nie.. Ibu berkenan ngan motor yang nie... cantek per... Okay Mr. Blogger yang ibu terjah ... Ibu mintak permission tok berkongsi cikit bleh nyeh....
Sejarah CT110
Projek yang dibangunkan oleh pihak R&D Modenas sekitar 20 bulan yang lalu telah merancang untuk lahirkan CT110 berkonsepkan mampu milik, tahan lasak, stylish dan selesa. Modenas tidak berkompromi dengan istilah tahan lasak dan sebab itu juga CT110 dibekalkan enjin yang telah teruji sejak lebih 10 tahun lalu melalui abang sulungnya Modenas KRISS 110.
Jadi tiada lagi pengeluaran Kriss 110 selepas ini kerana telah diambil oleh CT. Mungkin ada yang dok kata “apa la Modenas takde enjin lain ke?” Kalau kita fikir secara matang mengapa barang yang elok tidak diterus pakai dan janji Modenas tidak berkompromi dengan tahan lasak lantas telah menambah baik enjin Kriss menjadi lebih mantap.
Ini bukan nak bodek Modenas atau saje nak “goreng” korang tapi seramai 3 orang test rider DuniaMoto telah belasah secukupnya motor ni di MIMC Ayer Keroh. Jap lagi kita citer.
Model ini juga terhasil dari maklumbalas pengguna Kriss terdahulu dan pihak R&D Modenas telah memberikan ujian yang cukup ketat kepada CT110 sehingga ianya melepasi tahap piawaian Euro 2 bagi pelepasan asap dan sudah tentu mesra alam. Dalam taklimat majlis makan malam pada 22 Disember 2009 saya diberitahu bukan takat tu jer CT110 telah diuji hingga ke Thailand dan melepasi ujian ketahanan enjin “tak mati” ketika melalui ke dalaman air hingga setengah tayar. Hebat!!! Ini bukan susun letak enjin menegak ye!
Sebelum kami menguji Modenas juga telah lanyak CT110 ni ke serata Malaysia dalam pelbagai keadaan termasuk hi-way, jalan tanah merah, jalan kampung, berdebu, berlubang, bukit-bukau dan hujan mencecah ribuan kilometer. Sebab tu saya berani katakan CT110 bukan selembut CT tapi tahan lasak beb he..he..he..
Rekabentuk
Sekali pandang rupa CT100 ni confirm boleh terpikat terutama bahagian lampu depannya yang bercirikan dwi posisi mempunyai 2 mentol kecil dan 1 mentol utama. Memang cun kalau dapat ditukar kepada lampu kaler biru atau apa saje. Tapi pandai2lah menjawab dengan abang polis kita ye. Bahagian atas pula dipasang win shield menampak lagi seri wajah CT ni.
Kalau pandang dari belakang pulak ekornya seakan ekor itik tapi diapit oleh lampu brek ke-2 yang canggih selain boleh dijadikan pemegang kepada pembonceng. Lampu brek belakangnya cukup cantik dan nampak seksi kalau nak dibandingkan dengan model saingan. Sebab tu saya kata sekali pandang dah boleh terpikat.
Keistimewaan lain Modenas CT110 mempunyai kapasiti tangki lebih besar dari lain2 model saingan iaitu 5.3 liter boleh membawa kita sejauh 46.95km bagi setiap liter dengan kelajuan 80km/j. Bukan sahaja jimat tapi tak payah berhenti banyak kali untuk lakukan perjalanan jarak jauh. Memang bleh wat konvoi atau balik kampung he..he..he…
Panel meternya cukup sempoi dengan bentuk seperti layang2 menempatkan meter kelajuan, penunjuk gear digital, penunjuk petrol, lampu neutral dan penunjuk signal kiri dan kanan. Suiz kunci bercirikan 3 dalam 1 mempunyai tahap keselamatan yang lebih baik bagi elakkan kecurian. Tapi pesan saya kunci tambahan adalah wajib. Tak kisah lah berapa tapi wajib. Kalau tak meungkin jadi sasaran si pencuri durjana.
Zaman sekarang semua nak sporty tapi Modenas alert tentang perkara ni dengan memberikan pilihan kepada bakal pembeli warna2 glamer pada model baru ni iaitu Merah Suria, emas Iris, Perak Sfera dan Putih Nova. Begitu juga dengan warna tempat duduk mempunyai 2 warna berlainan. Perghhh!!!
Enjin
Struktur enjin masih sama dengan Kriss 110 tetapi pada bahagian penutup clutch dan magnet ditukar kepada ciri2 lebih memberi kesejukan pada enjin. Ketika kelajuan tinggi enjin CT110 lebih sejuk sekitar 30 darjah celcuis daripada enjin versi Kriss terdahulu. Gear 4 kelajuan yang mempunyai sistem rotary juga memberikan kemudahan kepada penunggang terutama ketika berhenti di lampu2 isyarat.
Sistem bekalan kuasa elektrik juga diberi komponen baru seperti magnet dan CDI. Bukan sahaja dapat memberikan pembakaran yang cekap tapi bekalan arus terus (DC) telah ditukar kepada arus ulang-alik (AC) dapat mengelakkan gangguan kecerahan lampu hadapan daripada turut berkelip ketika signal dipasang atau lampu brek menyala. Kalau dulu model Kriss akan padam lampunya bila dipulas trottle tapi CT110 tak lagi macm tu.
Satu lagi ciri hebatnya ialah sistem De-comp di mana memudahkan “kick start” pada sebarang cuaca dan situasi. Ini sesuai untuk golongan wanita dan warga emas tak perlu terkial2 menyetat motor ye tak.
Kerangka
Badan rangka CT110 berbentuk paip-bertulang belakang dengan penyerap hentak dwi tindakan. Emm… kalau monoshock lagi gempak. Namun sistem brek motosikal ini tidak mengecewakan dengan brek cakera dwi piston di hadapan dan gelendong di belakang. Namun apa yang pasti brek hadapannya cukup responsif kalau anda biasa dan brek belakang cukup sekadar 30% digunakan. Saya sendiri lebih cenderung menggunakan depan dari belakang ketika menunggang hari2.
Pandu Uji Di Litar MIMC
1. Ok kita baca komen dari HafizBob.
Handling di selekoh
Responsive, senang dikawal, sesuai dengan konsep motor bandar yang sempit. penggunaan tayar yang lebih besar dari standard kilang, 70/90 akan lebih meyakinkan untuk mengambil selekoh.
Power to weight ratio
Agak kurang sesuai untuk orang berbadan besar macam saya untuk mendapatkan power output yang maksimum oleh sebab kapasiti 110cc. Saya dapat 100 km/j sahaja semasa di litar maybe lebih sikit kalau lurusan litar ni panjang macam di litar Sepang. Maklumlah litar go-kart dan cubprix. Tapi kekuatan tork tidak mengecewakan. Cayalah Modenas.
Gear ratio
Macam tiada kesinambungan dari gear 2 ke gear 3 dimana gear 3 terasa berat, dan drop gear 3 ke 2 engine breaking terlalu kuat. Tapi masih seronok melayan selekoh
Seat height
Sesuai untuk orang berbadan sederhana, lebih2 lagi kaum wanita.
Rekabentuk
Memang cun Modenas maju setapak lagi dengan rekaan yang bagus.
Komen
Modenas boleh cuba develop motor yang ada power output yang bagus seperti ex5 yang hanya 100cc tapi mempunyai tourqe yang lebih hebat.Terpulang pada jurutera dalam mereka bentuk nisbah gear. Apa yang membanggakan saya ini adalah hasil kejuruteraan anak Malaysia.
2. Ini komen dari Yamada.
Saya telah mengambil bahagian untuk turut menguji pandu motosikal terbaru Modenas iaitu Modenas CT110. Setelah diuji pandu, secara keseluruhan,rating 9/10 saya berikan utk CT110.
Antara sebab-sebabnya ialah:
- handling yang baik
- kapasiti tangki petrol yg besar
- penggunaan disc brake pd suspension hadapan
- rekaan yg amat berbeza berbanding motosikal keluaran Modenas yg terdahulu
- pikap yg kuat; amat sesuai digunakan di kawasan bandar, ini kerana sesi uji pandu CT110 dijalankan di dalam litar yang mempunyai jalan lurus yg panjang dan juga selekoh-selekoh u-turn,tajam dan kurang tajam.
- handling yang baik
- kapasiti tangki petrol yg besar
- penggunaan disc brake pd suspension hadapan
- rekaan yg amat berbeza berbanding motosikal keluaran Modenas yg terdahulu
- pikap yg kuat; amat sesuai digunakan di kawasan bandar, ini kerana sesi uji pandu CT110 dijalankan di dalam litar yang mempunyai jalan lurus yg panjang dan juga selekoh-selekoh u-turn,tajam dan kurang tajam.
Satu perkara yang menarik tentang CT110 adalah pikap yg kuat. Uji pandu yang saya buat, saya dapati CT110 tidak perlu utk menukar kepada gear 2 apabila mengharungi selekoh tajam di dalam litar. Hanya gear 3 sudah mencukupi. Handling yg baik juga memudahkan saya untuk memasuki selekoh-selekoh tajam dan pusingan U di dalam litar.
Untuk top speed pula, saya hanya dapat dalam lingkungan 130km/j. Ok la tu kan, moto 110cc mempunyai pikap yg kuat dan top speed yang agak memuaskan selain dari rekabentuk yg mengagumkan. Masa yang di catatkan oleh Nomad menunjukkan saya menghabiskan satu pusingan dengan catatan 1 minit 38 saat, hanya 6 saat ketinggalan di belakang Yuzi. Apakan daya beliau seorang pro, saya cuma orang biasa yang teruja untuk masuk track.
3. Komen Nomad pula
Kelebihan Modenas CT110
Cukup mudah ditunggang terutama melibas selekoh2 pendek dilitar MIMC. Takperlu banyak tukaran gear kerana kuasa torknya cukup terasa terutama dalam keadaan terdesak nak potong tester2 lain.
Top speed yang saya dapat sekitar 120km/j dan saya yakin kalau jalan lurus di litar ni panjang sikit lagi boleh jugak mencecah lebih dari 130km/j. Tapi keseronokan menunggang di bandar memang akan terasa bila ke bandar. Memang tak puas belasah motor ni di litar.
Brek depan cukup responsif tapi kena pandai seimbangkan dengan penggunaan brek drum di belakang ini kerana hampir juga kegelinciran akibat batu2 tar di litar yang banyak tercabut terutama di selekoh.
Kalau nak meleper memang ok tapi terbatas dengan aspal yang asyik mencecah jalan. Tapi heran tengok Yuzi masih boleh kawal ambil lap walaupun ngan motor standard nih. Tabik la Yuzi!
Kelemahan
Motosikal CT 110 ini agak kurang sesuai untuk penunggang yg melebihi 80kg dan keatas kerana di selekoh motosikal ini mudah terjatuh akibat pedal kaki yg mudah tersangkut/bergeser dengan permukaan jalan raya. Selain itu, timing yang rendah kadangkala menyukarkan pengguna apabila hendak menghidupkan diwaktu pagi khususnya pada keadaan sejuk.Walaupon dilengkapi dgn teknologi Decomp namun masalah ini tetap akan wujud.
Suspension yg tidak mengguna pakai ‘monoshock’ membantutkan kecanggihan moto ini dalam usaha menarik hati golongan remaja. Selain itu, tangki yg besar juga menjadi kelemahan pada motor ini kerana topspeed akan jatuh disebabkan beban bahanapi. Akhir sekali,walaupon menggunapakai CDI Magneto masalah cut-off tetap wujud. Seharusnya motor ini tidak perlu dikenakan cut-off.
Tamat Komen dari test rider DuniaMoto.
Kesimpulannya telah banyak kemajuan yang dicapai oleh Modenas dengan kelahiran CT110. Saya sendiri memberikan rating 9/10 diakhir taklimat perpisahan. InsyaAllah tangkap sebiji tahun depan yelah motor SS110 saya baru 3 hari dicuri hu..hu..hu..
Spesifikasi Modenas CT110
Dimensi
- Panjang keseluruhan – 1930mm
- Lebar keseluruhan – 725mm
- Tinggi keseluruhan – 1065mm
- Jarak roda – 1225mm
- Kelegaan bumi – 150mm
- Tinggi tempat duduk – 780mm
- Berat kering – 98kg
- Kapasiti tangki petrol – 5.3 liter
- Penggunaan petrol – 46.95km/l@80km/j
Enjin
- Jenis – 4 lejang SOHC, 1 silinder
- Gerek x lejang -
- Sesaran – 111cc
- Nisbah mampatan – 9.3
- Kuasa Maksimum – 6.6 Kw@8500rpm
- Tork maksimum – 9.3 Nm@4000rpm
- Karburator – Keihin PB18
- Sistem Nyalaan – Magneto-CDI
- Sistem penghidup – Tendang dan elektrik
- Sistem sejukan – Udara
- Kapasiti Minyak enjin – 1.1 liter
Transmisi
- Jenis – 4 kelajuan, rotary
- Sistem klac – Basah plat berbilang
- Nisbah pengurangan primer – 3.048 (64/21)
- Nisbah pengurangan akhir – 3.0 (42/14)
- Pacuan akhir – Rantai
Casis
- Jenis – Paip-bertulang belakang
- Saiz tayar depan – 70/90
- saiz tayar belakang – 80/90
- Suspensi depan – Cabang teleskopik
- suspensi belakang – Penyerap hentak dwi tindakan
- Brek depan – Cakera tunggal (220mm), dwi-piston
- brek belakang – Gelendung (110mm)
1 comment:
ikutkan semuanyer berkenan....beli ajelah semua...hehehe
Post a Comment