Hihihihi... Ape la ibu nie... nie pun nak citer... tapi ibu tetap nak citer jugak... ibu x kire yang penting ibu nak jugak !!!! Nak jugak!!!...Hahahha... Nie petikan berita yang ibu ambik dari Pengumuman Kenaikan kadar Pencen PERKESO secara online...
..." YB Datuk Dr. S. Subramaniam , Menteri Sumber Manusia mengumumkan kenaikan kadar pencen PERKESO pada suatu majlis serta sidang akhbar yang diadakan pada 1hb. Mac yang lalu bertempat di Ibu Pejabat PERKESO. Seramai 206,585 penerima pencen PERKESO dibawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat yang diberikan faedah berkala pada atau sebelum 31 Disember 2007 akan menikmati kenaikan pencen pada kadar 0.6% sehingga 11.3%. Semua kenaikan kadar pencen di atas akan dibelakangkan pada 1 Januari 2008 dan pelaksanaan bayaran pencen baru bermula pada 1 April 2010. Kenaikan kadar pencen PERKESO dibawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat dilaksanakan bagi menampung kenaikan kos sara hidup dan mengambilkira tahap indeks Harga Pengguna (CPI). Implikasi kewangan bagi kenaikan pencen (termasuk bayaran FHUK, FOT, Pencen Ilat dan Pencen Penakat) ialah RM66.4 juta setahun. Selain daripada ini, PERKESO akan menanggung perbelanjaan sebanyak RM142.4 juta bagi maksud bayaran tunggakan pencen yang dibelakangkan da berkuatkuasa mulai 1hb. Januari 2008"....
Wahhh!!! bestnyer Emak... Dapat Pencen Penakat... "kata mak, arwah ayah hantar belanja tiap2 bulan untuknyer...". Walaupun sikit tapi berbaloi2...
No comments:
Post a Comment